Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Sediakan Dokumen Jika Perlu Dana – KOM kepada Irfan

Kontroversi melanda atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin yang sebelum ini meluahkan ketidakpuasaan hati terhadap Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) didalam media sosial mendapat reaksi pegawai tertinggi badan induk terbabit.
Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu diminta oleh Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahin bagi mengemukakan dokumen untuk membolehkan badan induk itu membiayai dana atlet berkenaan.

Presidennya, Datuk Karim Ibrahim berkata, atlet berusia 23 tahun, yang berlepas ke Prague, Republik Czech atas tajaan sendiri, perlu mengemukakan kertas cadangan yang lebih terperinci bagi membolehkan KOM berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai pembiayaan.

“Sekiranya beliau memerlukan dana, beliau harus bertindak segera dengan mengemukakan kesemua dokumen yang diperlukan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Rabu.

Beliau berkata pihaknya telah meminta altet tersebut mengemukakan surat daripada Persekutuan Olahraga Republik Czech bagi pengesahan status jurulatih baharunya, Imrich Bugar serta pelan penjangkalaan sehingga Kejohanan Dunia di Doha, Qatar, September ini, Kejohanan Asia di Doha (April) dan Kejohanan Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Naples, Itali, Julai ini.

Di samping itu, katanya, atlet tersebut juga perlu mengemukakan sasaran yang dicadangkan untuk Kejohanan Asia iaitu lebih 62 meter (m) dan lebih 64m untuk Universiade.

“Sebaik sahaja kami menerimanya, baru kita boleh bincang dengan MSN sama ada kita boleh meluluskan dana atau sebaliknya,” katanya.

Karim berkata pemenang pingat perak Kejohanan Asia itu juga dikehendaki mengemukakan sasaran untuk Kejohanan Austria dan Kejohanan Melempar Cakera Lativia, kedua-dua pada Mac ini.

Mengenai tindakan berlepas ke Prague untuk sesi latihan tanpa kelulusan KOM dan MSN, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis KOM bulan depan.

Sebelum ini, media melaporkan Muhammad Irfan, memerlukan lebih RM100,000 untuk menjalani latihan selama 85 hari di Eropah termasuk bayaran RM27,500 untuk jurulatihnya.

— BERNAMA

Ligakampung.com berharap agar isu ini dapat diselesaikan segera memandangkan Irfan merupakan atlet Malaysia yang mempunyai potensi besar. Sekiranya kemudahan gagal disediakan pasti memberikan impak terhadap prestasi beliau yang bercita-cita tinggi untuk menakluk lapangan Asia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.