Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya dalam kenyataan pada sesi soal jawab di Dewan Negara memberitahu bahawa satu peratus daripada keseluruhan (28.3 juta) penduduk Malaysia menghadapi penyakit mental manakala 20 peratus lagi mengalami masalah kesihatan mental seperti kemurungan, tekanan dan keresahan.
Menurutnya juga, Kementerian Kesihatan telah menyediakan kemudahan saringan bagi mengenal pasti penyakit dan tekanan emosi individu di 806 buah klinik kesihatan, 40 buah hospital dan empat hospital mental di seluruh negara. Menurutnya juga terdapat 224 pakar psikiatri dan 100 pakar psikiatri klinikal di seluruh negara.
Sumber : – BERNAMA
Membaca artikel ini menunjukkan ramainya penduduk Malaysia yang mengalami masalah mental. Masalah mental ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembangunan dan ekonomi negara. Kalau kita lihatkan banyak pesakit mental yang terjadi akibat tekanan dalam hidup. Selain dari masalah tentang konflik sesama manusia, masalah utama yang mampu menyebabkan penyakit mental timbul adalah disebabkan oleh masalah kewangan. Tak gitu?
Apapun, jika kita mendapati samada diri atau orang yang rapat mempunyai simptom ke arah penyakit mental eloklah segera berjumpa pakar psikiatri berdekatan supaya tidak menjadi parah. Manakala janganlah menyisihkan mereka yang mengalami penyakit mental. Bimbing dan bantulah mereka untuk meneruskan kehidupan.
Sekian
sakit yg kita sendiri pun x tau kita hadapai…
betul tu
Tekanan punca utama masalah mental nie. Banyak sangat yang difikirkan
kebiasaan masalah sebab duit
betullah tu. ramai gak orang kata gua ada sakit mental. haha
pesakit mental yg banyak duit takpe
Semua hospital dan klinik kesihatan di Malaysia mempunyai anggota yang telah dilatih untuk memberi rawatan kepada mereka yang mengalami masalah penyakit mental. Pakar psikiatri akan dirujuk untuk kes-kes yang rumit.