LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Satu kes doping dikesan selepas Sukan SEA

Isu doping sentiasa menjadi perhatian dalam acara sukan dan nampaknya Sukan SEA 2017 juga tidak terkecuali. Walaupun acara sudahpun tamat namun keputusan hanya diketahui selepas itu.
Kenyataan terbaharu Pengerusi Jawatankuasa Perubatan dan Anti Doping Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) Datuk Dr SS.Cheema mengesahkan terdapat satu kes positif doping. Menurut Jawatankuasa Perubatan dan Anti-Doping SEAGF, satu pertiga daripada jumlah sampel ujian yang dihantar ke makmal di New Delhi India mendapati terdapat pemenang pingat yang terbabit dengan kes tersebut.

Datuk Dr SS Cheema

Menurutnya, prosedur perlu dipatuhi iaitu Majlis Olimpik Negara atlet terbabit akan dihubungi untuk menawarkan pilihan menjalani ujian sampel B atau mengakui kesalahan.
“Kami perlu memberi peluang kepada atlet.

“Kami perlu mendapatkannya dan mendengar rayuannya, ini akan mengambil masa.

“Yang mustahak, kami perlu segera mendapatkan atlet terbabit dengan sokongan majlis Olimpik negaranya, maka kami boleh menyelesaikannya secepat mungkin,” katanya.

Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) menjalankan 836 ujian terutama bagi atlet yang memenangi pingat. Daripada jumlah itu, 32 sukan berprofil tinggi diarah menjalani ujian sampel darah.

Jawatankuasa Perubatan dan Anti-Doping Sukan SEA dijangka menerima semua keputusan sampel pada 15 September ini.

Sumber :- Astro Awani

Admin Ligakampung mengharapkan ianya bukan atlet Malaysia terutama yang telah memenangi pingat. Harap-harap para atlet memahami tentang isu ini kerana ia boleh menjejaskan imej negara.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)