Sate , makanan kala berduit

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Dalam minggu ini nampaknya sudah 3 kali menelan sate.. Jadi rasanya elok kalau ditulis kat sini.. Saya yakin ramai dari anda semua pernah melayan sate ni.. Samada secara berkelompok ataupun secara berseorangan ianya memang menyelerakan. Ditambah dengan kuah kacang yang diadun dengan tambahan ketupat/nasi himpit pasti menambahkan selera…

Kalau zaman dulu-dulu hanya sate daging dan ayam menjadi pilihan kini berbagai variasi sate diperkenalkan..Ada sate arnab, sotong, kerang dan sebagainya.. Malahan kaedah penghasilannya juga bertambah maju dengan bantuan mesin-mesin..Evolusi perniagaan ini juga meningkat.. Jika dulunya ia dijual ditepi-tepi jalan kini telah terdapat banyak restoran yang menjual sate.. Francais-francais juga ditubuhkan untuk berjaya setanding dengan kedai makanan antarabangsa..

Bandar Kajang menjadi popular kerana kemantapan Restoran Sate Kajang Haji Samuri.. Malahan ramai pengusaha sate yang menjadi kaya dengan perniagaan ini..

Kehebatan sate ini telah membuatkan ramai yang menceburi bidang ini.. Kaedah sate yang menggunakan gril untuk membakar daging merupakan keunikan tersendiri dalam masakan ini..
Ramai usahawan sate yang berjaya selain dari Tuan Hj Samuri.. Di mana-mana sekalipun peniaga sate akan berkeliaran.. Samada secara restoran, gerai mahupun kaedah penjaja ianya memang memberikan hasil yang lumayan lebih-lebih tatkala gaji..

Tips dan teknik membuat sate:-
Resipi.net
Cara Membuat Sate

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :788
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

9 Responses to “Sate , makanan kala berduit”

  1. KNizamNo Gravatar says:

    aku pernah rasa sate rusa. sama je. hehe :)

    Reply

  2. azwanNo Gravatar says:

    hmmm .. terasa macam nak makan sate lah pulak.

    Reply

  3. ijamNo Gravatar says:

    Anak aku cukup minat makan sate nih. Kekadang tu sampai 2 minggu sekali pekena sate.

    Reply

  4. zoolNo Gravatar says:

    KNizam –> aku tak penah rasa sate rusa lagi.. tapi daging rusa penah makan..
    azwan –> belanja aku sekalilah..
    ijam –> ok lah tu.. tapi tak galak selalu.. nanti badan bulat makan daging banyak2..

    Reply

  5. dacronNo Gravatar says:

    sedap makan sate tapi makanan kala berduit aku fsat food..hehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Ko orang Urban.. Mana layan sate ni.

    Reply

  6. chuckiesdNo Gravatar says:

    Baru mlm tadi makan sate…pada aku kekuatan sate adalah pada kuahnya. kalau kuah sedap di tambahpulak adunan rencah sate tu …pergh..memang melatop…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Bukan kuah je bro.. Kalau daging tak berapa masak pun tak best gak.. NHanyir je rasa. Lepas tu kadang2 lemak banyak..
    Pada aku dua2 kena mantap baru meletup..

    Reply

  7. senang aje nak wat sate nih. yg penting dia punye perencah dgn kuah dia. mesti mau sedap..

    Reply

Leave a Reply