Sasaran Sukan SEA 111 pingat emas

Nampaknya skuad sukan SEA bagi menghadapi sukan Asia Tenggara ke 29 telah membuat sasaran untuk mengondon 111 pingat emas manakala 103 untuk Sukan Para ASEAN.
Sasaran ini telah diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin  ketika majlis penyerahan Jalur Gemilang oleh YAB Perdana Menteri Malaysia kepada kontijen Malaysia petang tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menurut Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo, sasaran yagn ditetapkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin itu adalah wajar berdasarkan prestasi terkini.

Datuk Low Beng Choo

Ia juga adalah sasaran bagi menandingi pencapaian ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2001 yang mencapai 111 pingat emas ketika itu.

< Tiket Sukan SEA 2017 Telah Dijual >

Dalam kejohanan itu juga tiga juara dunia akan diberi penghormatan untuk membawa bendera Malaysia ketika perarakan masuk kontinjen negara dalam upacara pembukaan temasyad di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 Ogos nanti.
Atlet yang terpilih adalah jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang, ratu terjun negara Cheong Jun Hoong dan pesilat negara, Mohd Al-Jufferi Jamari.

Azizulhasni meraih gelaran juara dunia acara keirin dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong pada April tahun ini.

Jun Hoong pula memecah dominasi China dalam Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest selepas memenangi acara 10m platform wanita bulan lalu.

Sementara itu, Mohd Al-Jufferi muncul juara kelas Putra E dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia di Bali, Disember tahun lepas.

Sumber :-Stadium Astro

Ligakampung mengucapkan selamat berjuang kepada barisan kontinjen negara. Semoga sasaran itu boleh dicapai dengan baik apatah lagi beraksi di gelanggang sendiri pasti memberi kelebihan kepada atlet negara.

Lagi 10 tahun nanti mungkin Ligakampung boleh jadi MEDIA yang melaporkan siaran Sukan SEA secara langsung . Inshallah kalau ada sokongan dari anda semua.

zool

Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan.
Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.

http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply