post

Sasaran 40 Emas di Sukan SEA Myanmar

Sukan terulung di rantau ASEAN iaitu Sukan SEA akan berlangsung dari 11 -22 Disember ini di Myanmar. Kejohanan dwitahunan yang berlangsung di Nay Pyi Taw, Yangon dan wilayah Mandalay serta Ngwe Saung Beach ini melibatkan 33 jenis sukan membabitkan 460 acara.
Pada kejohanan kali ini, skuad negara akan disertai oleh 833 atlet dan pegawai dimana 29 jenis sukan mempunyai wakit kecuali vovinam , perlumbaan bot tradisional, gusti dan kempo. Pada kejohanan 2 tahun lepas yang diadakan di Indonesia, Malaysia berjaya meraih 59 emas.
sea-games

Untuk kejohanan Sukan SEA ke 27 ini Malaysia hanya mensasarkan 40 emas daripada 213 pingat yang ditawarkan. Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sasaran dikurangkan berikutan banayak sukan yang dimenangi pada edisi sebelum ini tidak dipertandingan. Sasaran 40 pingat emas ini adalah berdasarkan penilaian Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan persatuan sukan.
Antara sukan yang menjadi sasaran untuk memenangi pingat emas ialah renang, terjun, memanaha, olahraga, pencak silat, wushu selain mempertahankan emas bagi bola sepak.

Sumber :- BERNAMA

Semoga para atlet dan pegawai yang dihantar dapat membantu mencapai sasaran yang ditetapkan. Cuma ramai juga yang risau tentang keselamatan atlet di Myanmar tu. Harap-harap aspek keselamatan dapat diberi perhatian oleh pihak penganjur.

Website Rasmi Kejohanan Sukan SEA 27 di Myanmar http://www.mmseagames2013.com/

Please follow and like us:
error0

7 thoughts on “Sasaran 40 Emas di Sukan SEA Myanmar

  1. Malaysia masih perlu tingkatkan kemampuan untuk menghasilkan atlet yang kompetitif. Soal jumlah penduduk yang rendah bukanlah alasannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.