Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Sarapan di Pagi Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Nampaknya hari ini telah tiba hari raya.. Kemungkinan besar ramai blogger dan pembaca akan berehat dari melawat blog ini namun saya terasa juga untuk menulis tentang sarapan di pagi raya.. Apa yang menariknya dengan tajuk ni Zool?? Sebenarnya baru-baru ini saya ada bertanya kepada rakan-rakan cyber tentang sarapan pagi raya mengikut tradisi masing-masing..

ketupat-opened
Memang terdapat perbezaan sarapan pagi antara masing-masing mengikut budaya .. Bagi saya, orang Kampung Kesang Luar, Jasin pada waktu pagi sudah semestinya ketupat/nasi himpit akan menjadi hidangan utama.. Di tambah dengan kuah rendang yang semestinya membangkitkan selera. Apatah lagi setelah sebulan berpuasa maka sarapan akan menjadi makanan pertama di bulan Syawal..

nasidagang
Bagi rakan yang berasal dari pantai timur, nasi dagang menjadi pilihan utama.. Memang agak terkejut setelah rakan memberitahu sarapannya, almaklumlah makanan berat biasanya jarang dijamah pada hari raya sebelum waktu malam.. Namun ianya menjadi tradisi bagi mereka..

putumayam
Saya juga mendapat maklumat dari rakan yang berdarah Mamak di mana sarapan pagi akan didahului dengan putumayam.. Ini memang agak mengejutkan kerana saya menyangkakan putumayam hanya sesuai untuk minum petang sahaja.. Tetapi itulah jawapan oleh beliau mengenai sarapan pagi pada hari raya,..

Okay cukuplah setakat ini.. Bagaimana pula dengan anda??? Sudah pasti ada perbezaan antara budaya masing-masing walaupun di negara yang satu ini..

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 13
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

5 comments to Sarapan di Pagi Raya

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>