LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Sapura juara Piala Tan Sri P Alagendra

Pasukan hoki Sapura berjaya memenangi Piala Tan Sri P Alagendra selepas menundukkan Tenaga Nasional Berhad(TNB) pada perlawanan akhir edisi pertama Piala Tan Sri P Alagendra.
Sapura yang kali terakhir mengucup Piala TNB pada tahun 2006 berjaya membawa pulang trofi serta hadiah kemenangan berjumlah RM70,000 manakala TNB pula meraih hadiah kemenangan RM30,000.

Perlawanan akhir di Stadium Tun Razak, Jalan Duta dihadiahkan penalti stroke pada minit ke 10 namun gagal disudahkan oleh Syed Mohd Syafiq Syed Cholan selepas pukulan ditepis keluar oleh penjaga gol Sapura, Hairi Rahman.
Sapura berrjaya mendapatkan gol pertama melalui pukulan sudut penalti penyerang kebangsaan, Firhan Ashaari yang menumpaskan penjaga gol kebangsaan, S Kumar.

TNB berjaya merapatkan kedudukan melalui pukulan sudut penalti pemain muda negara, Shahril Saabah pada minit ke 43. Penyerang muda negara, Dangerous Lee muncul wira Sapura apabila menjaringkan gol padang pada minit ke 53.
Tahniah kepada Sapura yang berjaya menang edisi pertama Piala Tan Sri P Alagendra.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)