Sambutan Melaka Maju 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Agak lama tidak menulis berkenaan aktiviti di Melaka. Untuk bulan Oktober ini, tarikh 20 Oktober 2010 pada jam 20:10 ( 810:10 malam) sejarah akan tercipta di Malaysia. Pada saat itu, Negeri Melaka secara rasminya akan diisytiharkan sebagai Negeri Maju setelah melepasi minima indikator yang ditetapkan oleh OECD. Pengisytiharan tersebut akan diadakan di Stadium Hang Jebat dengan konsep ‘ Melaka Maju 2010 : Negeri Bandar Teknologi Hijau’. Sesuai dengan temanya, pengunjung-pengunjung digalakkan memakai pakaian berwarna hijau pucuk pisang.Pada majlis tersebut, satu ‘video conferencing’ akan diadakan bersama Perdana Menteri dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Acara menarik yang lain adalah persembahan Multimedia Melaka Maju 2010 yang menunjukkan kejayaan besar Melaka di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa serta persembahan koir lagu Melaka Maju 2010 serta karnival Melaka Maju yang akan diadakan di perkarangan Stadium Hang Jabat pada 18 dan 19 Oktober 2010 dari jam 10 pagi hingga 10 malam..
Sumber :- Melaka Hari Ini

Jadi kepada sesiapa yang berkelapangan pada tarikh tersebut dialu-alukan untuk datang..

Tak pasti samada si Zool akan hadir atau tidak ke majlis tersebut. Tengok je lah camne nanti.. Yang pasti lepas ni perlu lebih bekerja kuat untuk memastikan Melaka dapat mengekalkan status negeri maju walaupun mungkin sumbangan ciput je. AMIN..
Sekian.

p/s :- Peminat fotografi boleh mencuba menyertai pertandingan fotogtrafi Melaka Maju 2010 (1 Sept 2010 – 12 Oktober 2010). Borang penyertaan dan syarat boleh muat turun di sini. Cuba-cubalah..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :3845
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

10 Responses to “Sambutan Melaka Maju 2010”

  1. topoNo Gravatar says:

    cuti tak hari ni ek?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ntah tak tau plak… takde citer pun nak cuti.. kalau cuti pun thn depan kot

    Reply

  2. ejamNo Gravatar says:

    waktu 2010 ialah jam 8.10 malam…typo di situ…jom kita turun kasi meriah mlm tu, tp tuler hari rabu plak tu…esok nyer nk keje…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ok.. tq…

    Reply

  3. rashidNo Gravatar says:

    Alhamdulillah, satu negeri lagi telah dinaik taraf ke negeri maju…tahniah Melaka…moga lebih maju dimasa depan..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yup.. semoga maju terus maju

    Reply

  4. AzamNo Gravatar says:

    bro, nanti boleh bawa jalan2 dekat melaka?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    boleh je.. set bila nak datang la..

    Reply

  5. YouinfoNo Gravatar says:

    Tahniah Negeri Melaka..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    terima kasih..
    bagi pihak rakyat melaka

    Reply

Leave a Reply