Sambal Udang Petai

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Waduh-waduh memang dalam keadaan kekenyangan sekali si Zool pada waktu ni.. Baru je lepas makan sambal petai udang.. Memang meletup rasanya.. Jangan jeles ye, Knizam ..

Bagi orang kampung seperti saya memang tak jadi masalah untuk makan sambal Petai yang bau harumnya.. DItambah dengan udang yang meliak liuk memang terasa nikmat bila mencecah perut ini..

Resipi Sambal Udang Petai

Bahan-Bahan

2 papan petai..buang lah kulitnya
10-15 ekor udang sederhana besar
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 biji bawang mera dimayang
4 sudu cili kering kisar
1 sudu kecil gula
Air asam jawa
Belacan sebesar jari kelingking
Minyak tuk menumis.

Cara-caranya…

1. Panaskan minyak dalam kuali masing2.
2. Tumiskan sekejap bawang merah yang dihiris tadi.
3. Bila dah agak kuning masukkan cili kering kisar dan belacan. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam dan perasakan dengan garam+gula.
5. Masukkan udang dan bawang besar.
6. Last sekali masukkan petai…
7. Kalau kering sgt tambahkan sikit air panas.
8. Done!

Sumber :- DapurLilo

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :3703
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

3 Responses to “Sambal Udang Petai”

  1. sambal udang petai…makan ngan nasi panas2x ….mmg best…

    Reply

  2. KNizamNo Gravatar says:

    takde gambar ke zool ?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    dah habis masuk perut aku.. ha haha..
    lain kali aku ambilkan.

    Reply

Leave a Reply