Saman Ekor dikaji semula

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Antara isu yang hangat dibicarakan di dada akhbar pada minggu ini adalah berkenaan dengan saman ekor yang dikeluar oleh pihak polis trafik supaya dikaji semula.
Sebagai salah seorang yang pernah kena saman ekor ni secara peribadi saya bersetuju agar saman ekor dikaji ataupun dihapus. Ini kerana saman sebegini tidak dinyatakan bukti yang kukuh. Hanya sekadar surat saman yang menyatakan had kelajuan yang dilanggar.
Ini antara beberapa pendapat dari si Zool agar saman ekor dikaji semula :-

1. Saman dikenakan tanpa mendapat pengesahan dari pesalah. Tiada tandatangan. Sepatutnya pihak polis traffik menggunakan kaedah mendapatkan tandatangan pesalah yang memperakui kesalahan. Adalah tidak adil sekiranya kereta tersebut dipinjam atau dicuri tetapi yang terpaksa menanggung adalah pemilik kereta.
2. Kadangkala kesalahan yang dikenakan tidak masuk akal. Selalu kita membaca kenderaan yang usang melebihi had laju tidak munasabah. Pernah terbaca dalam suratkhabar tentang pemilik motosikal kapcai dikenakan kesalahan saman ekor kerana memandu melebihi dari 200 km/j. Mau terbang kalau bawa laju cam tu.
3. Pemilik kenderaan tidak dapat menghidupkan cukai jalan yang sedikit sebanyak akan menjejaskan pendapatan negara.

Semoga saman ekor ini dapat dikaji semula oleh pihak berkaitan bagi mengurangkan masalah ketidakpuasan hati rakyat terhadap perkhidmatan pihak berkuasa.

Sekian.

Okay cukup dengan sedikit pendapat.Apa pula pandangan anda? Bincang-bincangkanlah..

Uploaded with ImageShack.us
Kesian budak kecil ni kena saman. Tapi bukan saman ekor ye..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1245
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

One Response to “Saman Ekor dikaji semula”

  1. Saman Ekor dikaji semula | Blog Zool Ligakampung…

    Cerita perihal saman ekor yang diura-urakan untuk dikaji semula…

Leave a Reply