Sakit Tekak

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu ni di kawasan sekitar Melaka cuaca agak tidak menentu.. Saya yang bertugas di luar pejabat menghantar bil rumah awam mendapat kesan dari perubahan cuaca tersebut.. Cuaca yang sekejap hujan dan sekejap panas memang mendatangkan banyak penyakit..


Antara penyakit yang kini singgah dalam badan si Zool adalah ‘sakit tekak’.. Rasanya dah dekat seminggu kot terasa tekak ni kering n pedih semacam je.. Badan pun rasa tak selesa..

Jadi seperti biasa jom kita tengok sikit info dari internet ni..

Pengenalan
Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.

Rawatan

1. Rawatan umum termasuklah mengekalkan pengambilan cecair (minum air) dan kumur dengan air suam.

2. Pengambilan Paracetamol adalah efektif dan selamat selamat segi analgesic dan antipyretic. Ia merupakan pilihan ubat untuk analgesia dalam sakit tekak. Pengambilan aspirin tidak digalakkan untuk kegunaan umum terutamanya untuk kanak-kanak kerana berisiko untuk sindrom Reye’s.

3. Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod (NSAIDs) Ibuprofen (NSAID) telah meningkat penggunaannya sekarang untuk rawatan kesakitan dan demam di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami sakit tekak.

4. Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat kumur kerap digunakan, dan ianya boleh membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa ketidakselesaan tekak.

Info diceduk dari Myhealth portal

Memang tak selesa bila sakit tekak ni.. Rasa kering je tekak ni walaupun balun 2-3 liter air.. Apahal pun harap dapat kembali normal dalam tempoh terdekat.. Walaupun saya penulis blog yang tidak memerlukan suara tapi dengan ketidakselesaan membantutkan idea ..

Lain-lain info :-

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2575
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

7 Responses to “Sakit Tekak”

  1. AASSHHNo Gravatar says:

    Orang kata,setiap penyakit yang mendatangi kita adalah satu cara Allah perturunkan kepada kita untuk menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan yang tidak kita sedari.Ianya juga dikatakan sebagai ujian daripada Allah kepada hambaNYA yang disayanginya.Justru,kita tak perlu mengeluh ketika didatangi ujian ini.Sebaliknya bersyukurlah kerana Allah masih mengingati kita..apapun semoga cepat sembuh agar dapat menjana lebih banyak idea sebagai bahan perbincangan…

    Reply

  2. oktantNo Gravatar says:

    Sekarang nie cuaca agak tak menentu. Memang kene minum air suam bebanyak. Kalo tak silap, kene kurangkan amik makanan berminyak gak. Ape2 pun semoga tekak tu lekas lega, ok. :)

    Reply

  3. same la bro. cuaca x menentu. tp sy rebel. xske ubat. hehe!

    Reply

  4. Afzai AfandiNo Gravatar says:

    cuaca tak menentu ni orang tua2 kata kena banyak minum air masak :) . Itulah kehebatan ILAHI, baru jer sikit diberinya sakit udah tak karuan kita… apapaun moga cepat sembuh

    Reply

  5. Mak SuNo Gravatar says:

    cuba mkn aiskrim vanila gaks

    Reply

  6. fizaNo Gravatar says:

    urm… sakit tekak… minum ayaq asam jawa yg diembunkan… hehehe… bancuh dlm botol mineral dan masukkan dlm kolah… heheee

    Reply

  7. kuriNo Gravatar says:

    ko minum cool rhino
    maybe mujarab kot

    Reply

Leave a Reply