Sakit Pinggang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

2-3 hari ni ada sedikit kejutan di pinggang.. Tak tau lah kenapa tapi terasa masa nak membongkok. Terasa seperti ada tarikan kat tulang ni… Nampaknya minggu ni mungkin terpaksa berehat sebentar dari melayan futsall.
Hari Sabtu lalu juga saya telah berjumpa dengan ejen insurans sekiranya masih terasa sakitnya dalam minggu ni.. Nak pergi check dengan hospital pakar kena bayaran yang tinggi, jadi dengan insurans dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban disamping dapat menggunakan perkhidmatan lebih berkualiti. Saya pernah ke hospital kerajaan dan mendapat perkhidmatan yang kureng, jadi rasanya selepas ini perlu menggunakan kemudahan melalui perkhidmatan insurans ni..

Sambil tu apakata kita baca sedikit sebanyak info.. Selain berkongsi mungkin dapat membantu diri ini..

Sakit pinggang sering berlaku kepada mereka yang pernah mengalami kecederaan di bahagian pinggang. Kadangkala ia disebabkan oleh postur badan yang tidak betul dan mengangkat berat sambil berbongkok. Sakit ini akan terasa lengoh di bahagian pinggang dan sakitnya terbawa ke arah pinggul dan kaki.

Hm.. setakat ni tak tau le kalau ada kecederaan di pinggang.. Berkenaan postur tu rasanya ada kebenaran. Tak ambil berat postur ketika duduk..

Kebiasaannya rehat(tidur) dalam keadaan lurus atas katil yang selesa dan mengelakkan dari mengangkat berat dan postur yang betul dapat membaiki keadaan.
Mungkin ni juga penyebab.. Kadang-kadang tidur kat surau dalam keadaan tak selesa. Patutlah.

Sumber :- Gamat Emas

Anda ada apa-apa info?? Kongsilah bersama.. Mungkin boleh membantu..

p/s :- Apa-apahal pun jumpalah dengan doktor.. Mereka lebih arif.. Maklumat ini sekadar pengetahuan sahaja..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :9440
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

27 Responses to “Sakit Pinggang”

  1. Mohd HafifiNo Gravatar says:

    tak cube guna yoko2 ke zool..?

    Reply

  2. surihafisNo Gravatar says:

    emm… i pun ada back pain. 1 month at least 1 or 2 time i suffering form back pain + sakit pinggang. But i guess it was a symptom to show tat i am under pressure. ( as i read from a magazine those days ). Never had a thought to check with insurance company on the coverage. I had made 2 time appointment with specialist but didnt turn up any. Reasons – i got no time and after taking ‘panadol’ the pain will slowly getting better. Perhaps, I should taking this seriously and had a check up before turning worse…

    Reply

  3. titanNo Gravatar says:

    aku kekadang saki pinggang. Tapi kalau aku baring kat tempat yg keras, esoknya baik semula. Tak tahu kenapa..

    Reply

  4. syUhada99No Gravatar says:

    slalu gak saket pinggang..huhu
    pedih uh…tolon2!!

    Reply

  5. radziNo Gravatar says:

    Saya pun sakit pinggang terutamanya bahagian bawah.
    Memang dah lama sakit,tapi saya tak kisah,sebab macam
    kawan2 di atas cakap,lepas makan ubat urat @ panadol @
    ubat tradisional,sakit pinggang hilang.
    Ini cuma tahan 1 @ 2 bulan,lps tu sakit semula.
    Makan ubat tu lagi,tahan 2-3 bulan,lps tu sakit balik.
    Tapi sejak dua bulan lepas, tiap2 pagi (terutamanya)
    bangun tidur rasa sakit.Lps tu bila dah start syok buat
    keja,tak rasa sakit dah.
    Bulan lepas memberanikan diri pergi jumpa doktor pakar.
    Mula2 dia bagi ubat utk makan 2 minggu.
    Lepas 2 minggu masih tak berapa selesa di pinggang terutama
    di waktu pagi,pergi jumpa semula doktor.
    Decide buar MRI,uh uh uh, detect ada satu slip disk.
    Doktor bagi ubat utk 2 minggu lagi,kalau tak OK, doktor syorkan
    buat minor operation.
    Jadi kalau siapa2 yg sakit pinggang tu pergi lah jumpa doktor.
    Kalau dah tau puncanya ikutlah nak operate ka apa ka.

    Reply

  6. cikgu Kamisah ArbainNo Gravatar says:

    Saya juga telah bertahun-tahun mengalami sakit pinggang. Jika mengajar di dalam kelas berdiri setengah jam pun dah sakit sangat. Jika duduk lama sangat pun jadi sakit juga. Memasak di rumah juga akan sakit pinggang kerana berdiri agak lama.
    Selalunya saya cuma sapu minyak angin yang sedikit panas. Dapatlah juga mengurangkan rasa sakit. Kalau dah tak tahan, saya akan telan 2 biji panadol atau pain killer. Tapi saya tak suka amalkan makan ubat, bimbang ada kesan sampingan lain pulak.

    Jumpa doktor?? Dah berkali-kali di klinik kerajaan. Dah buat pemeriksaan air kencing kerana dibimbangi petanda sakit buah pinggang, tetapi bukan jugak.
    Doktor yang ramai pesakitnya, bertanya lebih kurang sahaja. Akhirnya diberi ubat kalsium. Itu je.
    Nak pergi klinik swasta?? Saya cuma guru biasa saja, manalah ada wang yang banyak untuk ke klinik swasta. Kadang kadang rasa kecewa juga, lama menunggu di klinik kerajaan cuma dapat pil sahaja. Tak pun dinasihat atau diminta oleh doktor untuk dirujuk kepada pakar yang berkaitan.

    Hidup saya menjadi tidak selesa jika sakit pinggang mendatang. Apa tidaknya, banyak kerja rumah dan sekolah yang ditangguh. Buat secara perlahan-lahan..

    Reply

    bdk jaHatNo Gravatar Reply:

    hai cikgu Kamisah Arbain..nak tanye ckit ..ayah angkat sye pon ade jugak sakit pinggang,kdg2 tgk dia sakit sgt,ade per care bole tlg dia..nak beli ubat kasi dia..taP taktau nak beli ubat ape kasi dia,skrg nie byk ubat kan…kalu ade aper2 malumat tlg lar britau sye…thank~num sye 0179682433..thank byk2..

    Reply

    myaNo Gravatar Reply:

    awk cubalah losyen yusmira. org cakap losyen tu 2k slim lah.,.,apelah.,.,
    tapi,sbnrnya dia universal. saya pkai nie.,., pedas n panas.,., cukup melegakan.,.,.
    cuma xle guna byk2.,.,. pedas sgt.

    Reply

  7. cikgu biasaNo Gravatar says:

    Saya tertarik dgn tulisan cikgu kamsiah. Kesian pun ada sbb saya tahu deritanya sakit pinggang sbb saya pun dah 2-3 bln sakit pinggang. Mulanya mmg pegi klinik biasa at last minta reference letter utk jumpa pakar orthopeadic. Bila x-ray dr kata muscle stress disekeliling tlg blkg menyebabkan kesakitan tu. Dr bagi ubat utk relax muscle dan kena jalani fisioterapi utk 3 bln. So, kalau sakit berpanjangan dan mengganggu kehidupan kita, lbh baik jumpa dr. Jgn biarkan takut ianya jadi makin serius.

    Reply

  8. bhNo Gravatar says:

    pinggang aku sakit ni..main bola la ni..haha…dulu main bola sakit..tadi main bola datang balik..sakit gilo…memang aku nak kna jumpa doktor macam ni

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    jumpa la sebelum teruk

    Reply

  9. myaNo Gravatar says:

    salam.,.,.mya pun nak share ttg sakit pinggang nieh..,., bukan setakat sakit pinggang je,sakit belakang sekali. Tak tahulah kalau 2 2 sakit tu sama je kan… Tapi,mya dah sakit belakang sejak form 4 lagi. setiap pg turun sekolah tu,sakit sangat. dalam 2 tahun tu,mya tahan jela… tapi,time exam memang mya parah…

    bila masuk matriks pulak…bebannya makin btambah sampaikan tak sah kalau mya tak g hospital dlm seminggu.Tapi,untuk sem 1 je…sem 2 sakit jugak tp,tklh perlu g hospital sbb Mya ada beli ubat sapu…yang agk pedas r. Doktor cakap,mungkin Mya stress…sbb tu tulang belakang Mya tegang n sakit.

    mungkin betul kata DR tu.Tapi,ada satu ketika tu,Mya ase tension sgt… MYa minta kat DR untuk wat X-ray kat pinggang mya.,.,. alhmdllh takde pape gak.,.,.,

    cuma…. apa yg mya hairan…sekarang nie,Mya duk umah je. sakit gak belakang Mya. pinggang Mya. KAt umah apelah sangat stress bbndg kat kolej……….
    Hurm.,.,sabar jelah.,.,.,., walaupun kdg2 time tahan sakit tu kita menangis… dugaan kan…
    muda2 lagi dah sakit pinggang.,,.,huhuhu

    Reply

    Pok Sakit BelakangNo Gravatar Reply:

    sama ler kita berdua… aku juga lama mengalami sakit belakang nie… nak cari penyelesaian yang cepat…. tak sanggup menahannya lagi.. huhuhuh.. kesian… umur muda macam nie kita berdua dah mengalahkan penyakit org tua…

    Reply

    Pok Sakit BelakangNo Gravatar Reply:

    sama ler kita berdua… aku juga lama mengalami sakit belakang nie… nak cari penyelesaian yang cepat…. sakit bagaikan nak patah je tulang nie.. Huhu.. kesian… umur muda macam nie kita berdua dah mengalahkan penyakit org tua…

    Reply

  10. Pok Sakit BelakangNo Gravatar says:

    erm… manakah cara terbaik bagi merawat sakit pinggang belakang? Saya telah lama mengalaminya selama 2 tahun semenjak di kolej.. Macam2 cara telah saya gunakan. Berjumpa dgn doktor, makan pil tahan sakit, malah berurut di pelbagai tempat. sakit belakang ni teruk menahan nya sekiranya merebak ke tengkuk dan bahagian kaki (paha ke lutut). Seperti ada arus elektrik di bahagian sakit.. kaki selalu kebas..

    Tolong2.. Perlu nasihat yang serius… Kronik nie..

    Reply

  11. KHalilNo Gravatar says:

    Bro semua….jika tinggal sekitar kuala langat boleh singgah kat tempat sy utk buat bekam.Kaedah sunnah nabi menghilangkan kesakitan dalam tubuh badan.Termasuk sakit pinggang.

    Reply

    lilyanaNo Gravatar Reply:

    Salam En Khalil,

    Tempat en kat mane ye? kaw banting ke? boleh bg alamat kpd sy? sy selalu sakit pinggang, manalah tahu boleh berubat cara bekam pula..

    Reply

  12. AziziNo Gravatar says:

    Saya cadang kita buat majlis perjumpaan pesakit pinggang dan belakang sebab ianya perkara serius, saya percaya diluar sana ramai yg memerlukan pertolongan dari segi rawatan dan kewangan.
    Sila beri nasihat dan pandangan anda tentang cadangan yg diberikan, terima kasih.

    Reply

  13. AziziNo Gravatar says:

    Lakukan regangan secukupnya diwaktu pagi dan petang dapat mengurangkan kesakitan saudara.

    Reply

  14. AziziNo Gravatar says:

    Urutan cuma dapat membantu melegakan kesakitan utk beberapa ketika, akan tetap kesakitan akan dtg kembali, ini berlaku disebabkan oleh struktur dalaman tulang yg tidak betul atau komplikasi lain, oleh yg demikian pesakit dinasihat tidak mengambil ringan tentang perkara ini.

    Reply

  15. AziziNo Gravatar says:

    Kepada saudara yang memandu kenderaan terlalu lama, pastikan belakang pinggang saudara dalam keadaan lurus dan tidak melengkung atau bengkok ini kerana keadaan ini akan memberi tekanan kepada struktur dalaman tulang.

    Reply

  16. musa yahyaNo Gravatar says:

    sya pun ada masalah sakit pinggang,apa yg sya buat ialah,memakan sayur sayuran.dan elak kan dari meminum minuman yg bergas.lgi satu jgn tahan air kencing.kalau nak buang tu cepat2 jgn di tahan2.alhamdulillah sakit pinggang sya dah berkurangan sakit nya.lgi satu jgn terlalu mkn kacang sebab,kacang juga tak baik untuk penghidap sakit belakang..

    Reply

  17. [...] Si ZOol pernah mengalami sakit pinggang pada April 2009 yang lalu dan keyword ‘sakit pinggang’ berada di muka 1 google (page Malaysia).. [...]

  18. FaridahNo Gravatar says:

    huhu..ramai gak rupanya yg sakit pinggang ye. Saya pun sama gak..dah 12 years suffer sakit pinggang. Tak pernah g x-ray n apa pun. Ada sapa2 pernah buat operation kat bahagian ni..n berapa kosnya ye?

    Reply

  19. afiqNo Gravatar says:

    salam, sy baru umo 21 tahun masuk thun 2012 ni… tp sering sakit pnggang… tp xpnh lak cedere kt bhgn pnggng… adkah fktor utame dsbbkan oleh keadaan semase tido mase duk dlm bas slme 7-9 jam..? atau pun effect drpd hetakan y berlaku semasa mengikuti acare lompat jauh mase skula dlu? mcm ner nk ilngkn sket ni ek?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kalau selalu memang kenalah jumpa doktor.
    try tgk dulu.. kalau masih tak sakit walau makan ubat mungkin doktor akan cadangkan buat MRI..
    kat situ baru leh tahu kenapa..

    Reply

  20. aku yg pernah sakit pinggangNo Gravatar says:

    pi la carik tukang urut lama…sakit tu puncanya urat sarat je…biasanye urat dr kaki hingga peha…kena cara urutnye…insya Allah hilang la tu…bercakap melalui pengalaman…sakit pinggang…lenguh peha….hingga x leh nak bangun pon…tapi lepas urut…Alhamdulillah semua dh hilang…nak bagus..bekam area yg banyak masalah… selamat mencuba

    Reply

Leave a Reply