Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Sakit Pinggang datang lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Mingguini banyak aktiviti terbengkalai yang tidak dapat dilaksana. Projek ebook , Jogging, menukar dekorasi bilik serta menulis blog-blog.
Ini berikutan mengalami semula sakit pinggang. Ia berlaku selepas jogging di kawasan berhampiran rumah dimana terdapat laluan sedikit berbukit pada hari Sabtu yang lalu. Kesakitan yang dialami menyebabkan perancangan untuk melakukan proses jogging pada hari Ahadnya terbengkalai terus.

back-pain-lg

Sedikit sebanyak memberi kesan pada aktiviti harian. Kesakitannya menyukarkan untuk membongkok dan ada kalanya terpaksa solat duduk. Apapun selepas hampir seminggu, keadaan sedikit sebanyak beransur baik namun masih ada sedikit perasaan sakit apabila batuk. Malahan buat masa ini masih belum berani untuk melakukan aktiviti yang keras. Mungkin dalam minggu ini akan cuba melakukan aktiviti berjalan dalam jarak jauh sahaja dulu.

Untuk melakukan aktiviti jogging masih belum bersedia lagi. Tunggulah dalam 2-3 minggu lagi barulah boleh bermula. Itupun mungkin akan bermula di kawasan landai sahaja dulu.

Kepada rakan-rakan semua, adakah anda pernah mengalami masalah sakit pinggang? Saya yakin mesti ramai yang pernah mengalaminya apatah lagi kalau anda bekerja menghadap komputer di pejabat dan duduk berjam-jam lamanya. Tak gitu?

Jadi kepada adik-adik sekalian, jagalah pinggang anda di usia muda ye.. Jangan tunggu sampai dah penghujung 3-series ni.. Dah macam-macam nikmat mula ditarik ni.

Sambil-sambil tu bolehlah belajar bersenam untuk yang sakit belakang di sini.

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Sakit Pinggang datang lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)