Nak Bisnes Prepaid yang boleh autoreload untuk semua Telco?? Inilah yang terbaik..
Powered by MaxBlogPress  




Bisnes prepaid hangat masakini





Sajak Pertama ‘ Sombongnya manusia itu’

Written by zool on April 27, 2008 – 12:22 pm -

Assalamualaikum semua.. Nampaknya hari ini agak bermotivasi untuk menulis .. Almaklumlah kepanasan yang melanda .. Saya sememangnya suka untuk menulis sajak namun kadangkala terlupa nak menonjolkan eksperisi dir. Okay ini sajak pertama saya dalam blog ini.. Mungkin anda boleh beri komen sedikit sebanyak..

Sombongnya manusia itu…
Apabila telah menjadi kaya, lupa pada asal usul..
Hilang segala perasaan simpati..
Hati dipenuhi dengan material-material..
Tidak peduli dengan agama,
yang penting duit penuh dipoket…

Sombongnya manusia itu
Tatkala pangkat makin tinggi ..
Berjalan mendongak ke langit…
Menghina orang sesuka hati…
Tanpa disedari yang dibawah lebih berbakti..

Sombongnya manusia itu..
Dianugerahkan tuhan fizikal yang cantik..
Menghina mereka yang hodoh..
Dan bermegah-megah dengan kecantikan..
Sedangkan hati busuk sekali…

Sombongnya manusia itu…
Memiliki segulung ijazah hebat sekali…
Di rasakan diri bijak sekali..
Semua dianggap kurang bijak..
Dirinya sahaja amat mengetahui ..
Sedangkan ilmunya hanya sekecil nasi…

Sombongnya manusia itu..
Bermegah dengan anugerah..
Kejayaan dicanang sana sini…
Sedangkan jasa hanya sekali..

Oh tuhan..
Semoga kesombongan ini tidak melekat pada hatiku..
Aku takut ku kan jadi seperti mereka..

Kawan-kawan…
Andai ku tewas dengan bisikan syaitan..
Kau sedarkanlah aku..

p/s :- Ini percubaan pertama menulis sajak.. Memang banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki.. Diharap dapat komen dari kawan-kawan..


Tags:
Posted in EMosi |

11 Comments to “Sajak Pertama ‘ Sombongnya manusia itu’”

  1. witty angel Says:

    waaa sukeee..best la sajak nii….

  2. redha Says:

    Salam kasih sayang,

    Tahniah zool,
    satu permulaan yg sgt baik, saya sekadar ingin memberi saranan, bolehkan?…
    Harap zool dpt menulis sajak2 yg menyebut dan memuji kebaikan manusia dan keagungan Tuhan, kerana apa yg kita fikir, lihat, bincang selalu, itulah sebenarnya yg lambat laun akan berlaku….

    Syukur, taufik dan hidayah bagi kita semua. Amin

  3. hayat Says:

    dude,

    agak panjang juga sajak ko nih walaupun yg pertama kali… ataupun mungkin yang pertama kali di blog…

    syabas dude.

  4. JD-Kiss Says:

    syabas bro!

    sajak yg menarik.. :)

    itulah dipanggil manusia..
    x lari dr sikap sombong..
    mudah2han kita smua x tergolong dlm org yg sombong..amin!

  5. pandagumuk Says:

    x macam pertama kali ;)

  6. zool Says:

    witty angel –> best ke?? tq lah.. tapi banyak yang perlu diperbaiki..
    redha –> insyaallah jika berkesempatan..
    hayat –> kali pertama di blog dan kali pertama disiarkan untuk tatapan umum…
    jd-kiss –> tq.. memang manusia akan ada sifat sombong…
    pandagumuk –> kali pertama untuk dibaca oleh umum…

  7. KPSU(PA) Says:

    Berbakat untuk menjadi sasterawan pada masa hadapan.Harap bole diasah bakat tersebut.Tak penah pulak masa sekolah kau baca sajak depan cikgu Bahasa Melayu,Cikgu Ahmad Hamzah.Heheheh.

  8. zool Says:

    KPSU (PA) —> Cikgu Ahmad Hamzah?? Eh bukan Ahli Parlimen Jasin ker tu?? Bekas EXCO dan ADUN Pulai.. Bila masa plak dia ngajar aku ek??? Ops silap plak tu Datuk Wira Ahmad Hamzah… Yang ko cakap ni cikgu BM masa tingkatan 4 & 5 dulu ye..betullah pelupa aku nie…

  9. komentar aktif Says:

    Memang best lagu ni.. Saya suka

  10. arejae Says:

    oklah tu. :)

  11. En me Says:

    Sajak sentap menyentap gittew.. D first mungkin jd d last.. Keep it up bro



Belajar cara untuk menternak kambing dengan berkesan...

Leave a Comment

RSS