Home » EMosi » Sajak kedua – Aku bukan sesiapa

Assalamualaikum semua.. Harap2 anda semua sihat-sihat belaka..

Nampaknya hari ini kerja seperti biasa.. Tak perlu cerita banyak-banyak sebab pemantau mungkin sedang membaca post ini… Tak mengapa , silakanlah membaca..
Okay saya menjangkakan bahawa esok, Sabtu kadar pengunjung mungkin menurun… Dan sekali lagi saya ingin cuba bersajak.. Setelah mendapat respons yang agak positif dalam karya pertama ‘sombongnya manusia itu’ menyebabkan diri ini makin bersemangat untuk menaip bait-bait kata yang terkandung dalam diri… Mana tau satu hari nanti saya mampu menerbitkan e-sajak suatu hari nanti…
Untuk bacaan seterusnya.. Klik di bawah

” Aku bukan sesiapa,
Duduk di hadapan kaca komputer,
Menaip baris-baris perkataan,
untuk dijadikan satu ayat yang bisa merungkaikan kecamukan dalam diri..

Memang aku bukan sesiapa,
Bukan seorang penulis gah,
Bukan jejaka cantik paras rupa,
Tiada kegagahan pada ototku,
Tiada tarikan untuk didekati,
Namun aku tetap diriku..

AKu bukan seorang pejuang,
Apatah lagi seorang pembangkang,
Tidak pernah menghunus senjata apatah lagi meredah belantara,
Hanya seorang kerdil yang tidak mampu bersuara,
tatkala melihat hipokrasi dunia..
Berlaku di depan mata..

Aku bukan sesiapa,
Bukan seorang jutawan mahupun hartawan,
Juga tiada ijazah cendekiawan,
Namun kadangkala jiwa ingin melawan,
Tatkala melihat lakonan mereka yang konon bergelar bangsawan..

Ah persetankan itu semua,
Walaupun aku bukanlah sesiapa namun aku tetap aku,
Mengapa perlu ditiru,
Insan-insan yang membohongi dunia,
Biarkan aku menjadi bukan sesiapa,
Asalkan jiwaku tenang , cita-citaku meninggi hingga ke angkasa..

Sajak ini dicipta secara spontan .. 8.00 p.m , 2 Mei 2008

Related Posts with ThumbnailsPengunjung Entri Ini :2180

10 thoughts on “Sajak kedua – Aku bukan sesiapa

  1. dekanNo Gravatar says:

    Wallamak.. Sajak sedap tuh. Kreatif rupanya abang kita ni. :)

    Reply

  2. CD PEG BELIANo Gravatar says:

    Ok,sajak kao bro.Cuma perbanyakkan unsur-unsur hiperbola(dlm sastera panggil unsur pebandingan melampau dan tak mampu diimaginasikan akal logik).Lagi ummp lagi letakkan unsur personifikasi iaitu memperorangkan benda yang bukan insan.Cth,pd rangkap ke-3 baris ke-3,tidak pernah…meredah belantara.Bole dimasukkan tidak pernah…meredah belantara.baris berikut: yg memanggil ungkapan derita nestapa dasawarsa…bla bla bla.yang memanggil merujuk kepada belantara yg bkn sifatnya spt insan yg memanggil.Teruskan…unsur diksi pd rangkap ke-4 memang ummph.

    Reply

  3. chotNo Gravatar says:

    pandai sunggoh ke ber bahasa…

    Reply

  4. KPSU(PA)No Gravatar says:

    Salam….

    Teringat aku masa MasIrus baca poem dalam kelas BI form 2 ker form 3,aku tak ingat; tapi ini ler tajuknyer “A Wise Old Owl”.

    Reply

  5. CD PEG BELIANo Gravatar says:

    Rangkap 3 dah ok,cuma nak umph lagi tambah unsur personifikasi cth…rangkap 3 baris ke-3…tidak pernah..belantara.baris berikutnye untuk menguatkan baris ke-4 (tp akan jd baris ke-5) krn pd baris ke-4 adalah unsur keinsanan bole kuatkan cth…Yang memanggilku berteriak hiba nestapa.baris berikutnya…Dasawarsa alam itulah selokanya.Baru sambung…Hanya…bersuara.Dasawarsa maknanya 1 abad (100 tahun).Diksi maknanya tepat dr segi pengakhiran sukukata sama ada di depan/blkg sajak,syair,pantun,seloka yang menguatkan puisi.Pada rangkap ke 4 baris 1 bolehlah didiksikan dengan baris-baris lain.Cth…aku bkn sesiapa kurang sesuai dr segi diksi tp sah syarat dr segi puisi namun tidak stabil dr segi gaya bahasa dan ritma bahasa.boleh digantikan baris tu.Cth…Aku bukan hartawan,bukan juga dermawan dan jutawan,punyai harta berkoyan-koyan,juga…(stabil dr segi gaya dan ritma bahasa).Sekurangnya 1 rangkap gunakan unsur diksi ini.

    Reply

  6. zoolNo Gravatar says:

    dekan –> tak delah.. biasa2 je..
    chot –> pandai ke? huhuhu.. itu peringatan untuk aku gak.. supaya tak lupa diri..
    KPSU (PA) –> a wise old owl.. memang burung hantu bijak sebab ia banyak memerhatikan manusia berbanding manusia memerhatikan dia.. sebab tu orang yang memerhati lebih bijak …
    CD PEG BELIA –> Hm.. tq u bro.. Almaklumlah gua bukan budak sastera so tak berapa pandai lagi.. tapi mungkin komen ko nie akan membantu untuk aku memperbaiki sajak2 yang bakal menyusul… cuma tang cth, pd rangkap ke-3 baris ke -3 tu.. apa yang patut dibetulkan?? Tak paham…
    unsur diksi tu per???
    derita nestapa dasawarsa ???
    terangkan lebih sikit bro..

    Reply

  7. redhaNo Gravatar says:

    Salam kasih sayang,

    Waah… zool punya iamaginasi, yg mampu diterjemahkan melalui bait-bait sajak…, cuma saya agak ragu tentang ketulusan penghayatan sebenar zool. Adakah zool sebenarnya memang sering berdepan dgn kepincangan moral org2 kaya, atau sekadar nasihat utk kesedaran umum?..
    Dibimbangi minda bawah sedar zool menanggap negatif pada kekayaan, ia mungkin akan menolak jalan kekayaan dlm kehidupan…Wallahu’alam…

    Syukur, taufik dan hidayah bagi kita semua. Amin

    Reply

  8. zoolNo Gravatar says:

    CD PEG BELIA –> Pening plak aku memahaminya.. takpe nanti aku study … mungkin sajak ke -3 akan lebih mempunyai personifikasi ..
    redha –> he he he.. ada cite disebaliknya… mungkin itu adalah luahan emosi.. tak.. saya bukan pandang negatif pada kekayaan.. saya juga inginkan kekayaan.. cuma saya nampak segelintir orang kaya yang memandang hina orang yang kurang dari mereka…

    Reply

  9. mila velaNo Gravatar says:

    hi..sajak tu sangat susah untuk difahami.tak pe la nanti i akan belajaar cara untuk memahaminya.ok…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    susah ke?? senang je rasa. bukan byk guna ayat2 pelik pun

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge