Sajak – Aku tahu apa fikirmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Lama betul tak menulis sajak. Almaklumlah bukan mudah nak mengeluarkan ayat-ayat puitis terutamanya saya bukanlah dari aliran sastera.. Malahan membaca buku sajak atau novel pun tak mampu. Bukan sebab tak berduit nak beli buku tapi tak mampu nak menghabiskan pembacaannya.. Baca 2-3 mukasurat dah ngantuk.. Walaubagaimanapun terasa ingin melontarkan sedikit sajak. Mungkin tidak seindah sajak ciptaan Fida Aisyah tapi layan je la kan..
Untuk makluman anda, sajak ini agak beremosi jadi memang kalungan ayatnya tidak berapa membina.. Layanlah …

Tajuk :- Aku Tahu apa fikirmu

Entah kenapa,
lautan perasaan dalam jiwa ini bergelojak,
sakit hati bertambah di dada,

Aku tau,
Diriku tidak sehebat kamu,
Jaguh dalam perdebatan,
Melaksana tugas umpama hujan,
Sehinggakan kerjaku kau rampas,

Aku tahu,
Kau dan mereka menganggapku sampah,
Perosak organisasi,
Tidak berguna dan hanya selayak membancuh teh sahaja,

Aku tahu kau menghinaku,
Walau tidak kudengar makian,
Namun tutur dan bahasa badan ku tahu,

Aku tahu apa fikirmu,
Tak layak bersuara,
Hanya melukut ditepi gantang,
Perlu dibuang dari ruangan,
Ingin kau tendang jauh ke luar,

Tapi tuan,
Walaupun diriku sampah,
namun aku tidak menghina yang bawah,
Tidak memijak orang disebelah,
Tidak menikam untuk ke atas,

Biarlah aku begini,
Apa perlu kau sibuk denganku,
Mungkin kau hebat tapi kenapa?
Kenapa kau begitu??

Minta maaf tuan,
Aku silap…..
Tak patut menyalahkan mu,
Ini sudah ditentu sifatmu,
Bukan salah dirimu, bukan salah diriku, bukan salah sesiapa,

Ini putaran hidup,
Gelombang manusia yang pelbagai perisa,
Ada manis, masam, pahit, tawar
Perlu dikacau untuk menjadi sesuatu yang dinamakan kehidupan..

Aku sudah tidak tahu,
Apa perlu ku fikirkan,
Hanya mampu menadah agar ditunjukkan padaku,
Jalan yang patut kulalui..

Semoga akhirnya,
ku temui jalan bahagia
dan kau ketemu jalan sempurna..
AMIN

Sekian.. Tak pasti samada ianya boleh diklasifikasikan sebagai sajak atau tidak. Kalau tak boleh maaf le ek.. Ni sekadar luahan emosi je.. Tak tau nak luahkan mana :) .

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2909
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

7 Responses to “Sajak – Aku tahu apa fikirmu”

  1. tehrNo Gravatar says:

    … dah masuk katagori sajak ni
    pandai juga kamu tulis…

    Reply

  2. Bb HussainNo Gravatar says:

    not bad..;)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tq

    Reply

  3. matjoeNo Gravatar says:

    bagus. boleh trus maju

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    maju .. tq

    Reply

  4. miss lollyNo Gravatar says:

    ohhh ni lah sajak yg diperkatakan kat twiter.

    nice2 :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    biasa2 je.. luahan emosi.

    Reply

Leave a Reply