post

Saingan Piala Malaysia akan dibatalkan?

Adakah benar saingan Piala Malaysia akan dibatalkan susulan kes COVID-19 yang semakin meningkat naik sehingga mengakibatkan beberapa negeri terpaksa mengalami PKPB.
Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia , Datuk Seri Ridzuan Sheikh Ahmad memberikan pendapat tersebut berdasarkan situasi semasa.

“Memang ini satu keadaan yang luar biasa untuk melangsungkan aksi bola sepak ketika pandemik dan sebelum ini, MFL berjaya membuat beberapa pengubahsuaian sehingga saingan Liga Super dapat ditamatkan dengan lancar.

“Tetapi mengambil kira perkembangan semasa yang pasti menimbulkan kerisauan semua pihak, saya berpendapat adalah lebih wajar kalau Piala Malaysia musim ini dapat dibatalkan walaupun ini adalah satu keputusan yang sukar untuk dilakukan.

“Tambahan pula, tidak ada jaminan untuk PKPB yang disambung akan ditamatkan dua minggu lagi. Jadi perkara seperti ini khususnya membabitkan kebajikan dan kesihatan pemain perlu menjadi pertimbangan MFL.

“Kita pun bimbang kalaulah berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada pemain bola sepak, perkara ini akan memberi kesan kepada semua pihak yang terbabit. Untuk mengelak ini daripada terjadi, mungkin lebih baik kita batalkan sahaja,” katanya.

Meskipun begitu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan belum bercadang untuk membatalkannya sebaliknya pasukan yang bermain di kawasan PKPB boleh mencari gelanggang di luar sebagai latihan dan perlawanan.
Sumber :- BHarian

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.