LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Safiq Rahim tersenarai dalam pasukan terbaik Piala AFF Suzuki 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Mungkin ramai yang dah melupakan kisah kegagalan bolasepak negara mempertahankan Piala AFF Suzuki pada tahun lalu. Namun walaupun gagal di separuh akhir di tangan Thailand, nampaknya pemain tengah negara, Safiq Rahim mendapat penghargaan apabila disenaraikan dalam pasukan terbaik Piala AFF Suzuki 2012 untuk Malam Anugerah AFF 2013 yang akan diadakan bagi memberi penghargaan kepada pemain bolasepak rantau Asia Tenggara.
Sebanyak 18 penghargaan akan diberikan termasuk Anugerah Perkhidmatan Hayat AFF yang akan diberi kepada Tengku Tan Sri Datuk Seri Ahmad Rithaudeen. Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar pula akan menerima Anugerah Mihubah ASEAN

Berikut merupakan senarai penghargaan yang bakal diterima oleh pemain dan persatuan bolasepak ASEAN :-

Pasukan Terbaik Piala AFF Suzuki XI:

Penjaga Gol : Kawin Thamsatchanan (Thailand)
Bek Kanan : Nguyen Minh Duc (Vietnam)
Pertahanan Tengah : Baihakki Khaizan (Singapura)
Pertahanan Tengah : Panupong Wongsa (Thailand)
Bek Kiri : Theerathon Bunmathan (Thailand)
Sayap Kanan : Kyi Lin (Myanmar)
Midfield : Safiq Rahim (Malaysia)
Midfield : Mustafic Fahrudin (Singapura)
Sayap Kiri : Anucha Kitpongsri (Thailand)
Penyerang : Mohd Shahril Ishak (Singapura)
Penyerang : Teerasil Dangda (Thailand)

Gol Terbaik Piala AFF Suzuki 2012

Teerasil Dangda – Perlawanan Separuh Akhir Pertama – 9 Disember 2012

Pasukan AFF Terbaik
Thailand dianugerahkan kerana telah merancangkan kejayaan aktiviti yang paling banyak di tahap AFF, AFC dan FIFA dengan professional.

Pengadil Terbaik (Lelaki)

Abdul Malik Abdul Bashir (Singapura)
Chaiya Alee Mahapab (Thailand)

Pengadil Terbaik Wanita (Wanita)

Abirami Apbai Naidu (Singapura)
Pannipar Kamnueng (Thailand)

Penolong Pengadil Terbaik (Lelaki)

Mohd Sabri Mat Daud (Malaysia)
Jeffrey Goh Gek Pheng (Singapura)
Tang Yew Mun (Singapura)

Penolong Pengadil Terbaik (Wanita)

Widiya Habibah Shamsuri (Malaysia)
Praphaiphit Tarik (Thailand)

Pemain Terbaik AFF (Lelaki)

Teerasil Dangda (Thailand)
Mohamed. Shahril Ishak (Singapura)
Emelio Asada Caligdong (Phillipines)
Kyi Lin (Myanmar)

Pemain Terbaik AFF (Wanita)

Junpen Seesraum (Thailand)
Dang Thi Kieu Trinh (Vietnam)
San San Maw (Myanmar)

Pemain muda Terbaik AFF

Chanathip Songkrasin (Thailand)
Nguyen Van Quyet (Vietnam)
Keoviengphet Liththideth (Laos)

Pemain Futsal Terbaik AFF

Suphawut Thuenklang (Thailand)
Nguyen Bao Quan (Vietnam)
Pyae Phyo Aung (Myanmar)


Pengurus Terbaik AFF (Pasukan lelaki)

Rodojko Avramovic (Singapura)
Hans Micheal Weiss (Phillipines)
Winfriend Anton Schafer (Thailand)
Datuk Rajagobal R. Krishnasamy (Malaysia)

Pengurus Terbaik AFF (Pasukan wanita)

Chen Yun Fa (Vietnam)
Kumada Yoshinori (Myanmar)
han Wong Chol (Laos)

Pasukan Kebangsaan Terbaik AFF (lelaki)

Singapura
Thailand
Philippines
Malaysia

Pasukan Kebangsaan Terbaik AFF (wanita)

Vietnam
Myanmar
Thailand
Laos

Sumber :- FoxSportsmy

Agak malang bila tiada pemain terbaik AFF bagi pasukan Malaysia disenaraikan. Apapun tahniah juga kepada Safiq yang disenaraikan, begitu juga dengan Datuk K Rajagobal yang dicalonkan dalam pengurus terbaik AFF.

Sekian

4 thoughts on “Safiq Rahim tersenarai dalam pasukan terbaik Piala AFF Suzuki 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.