Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Safiq bakal tubuh pasukan sendiri

Wah. Satu berita yang cukup menarik dari bekas pemain tengah negara iaitu Safiq Rahim.
Setelah kontraknya dengan pasukan Melaka United tidak disambung musim depan, timbul berita yang Safiq bakal menubuhkan sebuah pasukan bola sepak semi profesional yang akan bersaing dalam Liga M3 pada musim depan.
Menurut Safiq, proses pemilihan kelab itu boleh dikatakan hampir selesai tetapi masih belum boleh disahkan lagi.

Meskipun tidak disambung kontrak namun Safiq yang berusia 33 tahun ini masih belum memikirkan persaraan lagi. Beliau dikatakan sedang mempertimbangkan beberapa pasukan yang berpengkalan di Lembah Klang.
Ligakampung yakin bahawa Safiq Rahim masih mempunyai kemampuan untuk bersaing dalam kancah tertinggi lagi pada musim hadapan.
Ligakampung juga kagum dengan perancangan yang dilakukan oleh Safiq Rahim untuk memiliki pasukan kelab. Agak sukar untuk kita lihat para pemain di Malaysia yang cuba mengambil inisiatif untuk memajukan bolasepak di dalam kelab.
Sudah pasti Safiq mempunyai kemampuan dari segi kewangan namun beliau perlu mempunyai team yang cukup berpengalaman bagi mengelakkan kelab yang dimiliki terkubur dalam masa yang singkat.

Semoga maju jaya Safiq dalam meneruskan legasi anda pada pemain-pemain muda. Diharap kelab yang dibangunkan oleh Safiq nanti dapat mengenalpasti bakat-bakat muda yang tidak ditemui oleh kelab-kelab besar ketika ini.
Mungkin kalau Ligakampung mempunyai kemampuan pada satu hari nanti, boleh menjadi penaja kelab Safiq Rahim.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)