LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Safiq bakal menjadi kapten pasukan Harimau Malaya

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim dijangka akan diberikan tanggungjawab sebagai ketua pasukan Harimau Malaya selepas mantan ketua pasukan, Shukor Adan mengambil keputusan bersara dari pasukan kebangsaan.
Safiq Rahim, 28 tahun mungkin akan diberi kepercayaan oleh jurulatih Harimau Malaya bagi mengalas tugas bagi mengetuai pasukan bolasepak negara dalam kempen kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia tidak lama lagi.

safiq-rahim-kapten

Walaupun jurulatih kebangsaan Dollah Salleh masih belum membuat pengumuman mengenai ketua pasukan skuad senior bolasepak kebangsaan namun dilihat Safiq calon utama setelah mengetuai pasukan ketika perlawanan pemanas badan menentang Kuantan FA baru-baru ini.

Malaysia's head coach Dollah Bin Salleh shouts at his team during their Suzuki Cup Group B match against Thailand in Singapore
Safiq Rahim yang juga ketua pasukan JDT pernah diberi tanggungjawab tersebut ketika mewakili skuad negara pada kejohanan Piala AFF empat tahun lalu.

Dalam perkembangan sama, jurulatih Harimau Malaya Dollah Salleh tidak mahu memikirkan soal ranking pasukan negara yang naik 4 tangga di kedudukan 162 berdasarkan ranking FIFA baru-baru ini. Baginya, beliau ingin mempersiapkan skuad negara dalam menghadapai perlawanan persahabatan menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam esok dan seterusnya meneruskan aksi dalam kempen kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia menentang Timor Leste (11 Jun) dan Palestin (16 Jun).
Senarai ranking yang dikeluarkan oleh FIFA Khamnis lalu menyaksikan pasukan negara menghuni tangga di belakang Bhutan (159) serta beberapa pasukan Asia Tenggara seperti Indonesia (155), Singapura (154), Myanmar (143), Filipina (137), Thailand (129) dan Vietnam (127).

– Utusan

Berita terkini, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dan Aidil Zafuan digugurkan dari skuad Harimau Malaya bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2018 akibat kecederaan.

– Kosmo

// Secara peribadi, pemilihan Safiq Rahim sebagai ketua pasukan kebangsaan adalah tepat berdasarkan pengalaman dan prestasi semasanya. Berkenaan ranking pula, rasanya sekarang ini merupakan peluang untuk skuad negara memperbaiki ranking dengan memastikan kemenangan dalam perlawanan menentang Hong Kong serta Timor Leste. Walaupun menentang Palestin mungkin sedikit sukar berdasarkan kemampuan pasukan dari Timur Tengah itu namun skuad negara perlu cuba untuk menumbangkan pasukan tersebut.
Amat menyedihkan apabila skuad negara yang mempunyai fasiliti yang lebih baik namun masih jauh ketinggalan berbanding pasukan negara seperti Palestin itu. Diharap keputusan pasukan senior negar tidak sesedih pasukan bawah 23 tahun negara yang akan pulang awal selepas gagal dalam misi di Sukan SEA 2015.

Please follow and like us:
error0

5 thoughts on “Safiq bakal menjadi kapten pasukan Harimau Malaya

  1. dari segi pengalaman, skill dan leadership..

    memang dia lebih layak.

    lagipun, dia kat tengah padang..senang nak monitor pemain lain.

    so, bagi aku..memang safiq layak la. Orang lain kurang sikit.

Leave a Reply to Noriza Rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)