Safee Sali, pemain bolasepak Malaysia bertaraf jutawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Image Hosting
Agak lambat menulis entri ini. Almaklumlah mengalami sedikit kesibukan untuk mesyuarat maka isu ini agak lambat ditulis dalam blog ini. Semua peminat bolasepak tempatan mengetahui tentang ikatan kontrak baru penyerang kebangsaan ini dengan Pelita Jaya FC agak lumayan dimana gaji yang bakal diterima melebihi RM90,000 sebulan selain pelbagai faedah seperti bakal menjadi duta-duta produk tertentu.
Insentif seperti ditawar bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi dan cukai dibayar serta tiket pergi balik dibayar setiap kali dipanggil oleh Malaysia pastinya sesuatu yang lumayan. Malahan beliau juga berpeluang untuk mewakili kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus seperti Brisbane Roar FC di Australia, CS Vise(Belgium) dan SAD Uruguay (Uruguay). Pastinya peluang ini merupakan peluang sekali seumur hidup yang sukar untuk diterima oleh pemain-pemain tempatan.
Dengan segala yang bakal diterima, sudah pasti beliau sudah mampu bergelar jutawan. Mungkin ini sedikit sebanyak membuka minda para pemain negara untuk berhijrah ke luar negara yang menjanjikan pendapatan lumayan.

Walaubagaimanapun, terdapat risiko besar yang mungkin terpaksa dihadapi oleh bekas penyerang Selangor ini. Beliau bakal tidak dibenarkan bermain di pertandingan rasmi FIFA jika Liga Super Indonesia (ISL) yang disertai oleh Pelita Jaya bakal diharamkan oleh FIFA. Ini pastinya akan menyebabkan peluang untuk Safee Sali mewakili pasukan kebangsaan tipis. Apapun, ini adalah keputusan yang dibuat oleh Safee Sali. Mungkin beliau mempunyai alasan tersendiri untuk berdepan dengan risiko tersebut.
Semoga maju jaya..

Sekian.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :308
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

4 Responses to “Safee Sali, pemain bolasepak Malaysia bertaraf jutawan”

  1. titanNo Gravatar says:

    dia dah pilih, maksudnya..dia dah bersedia dengan risiko la.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le.. memang risiko tu besar tu..

    Reply

  2. tehrNo Gravatar says:

    Selamat maju jaya untuk safee
    Cara beliau juga dapat harumkan nama negara

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Betul tu.. cara utk mengharumkan nama negara.

    Reply

Leave a Reply