Safee Sali dipinjamkan ke Johor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Nampaknya satu lagi perpindahan yang cukup mengejutkan dilakukan oleh pasukan Johor. Pasukan Johor telah meminjam penyerang kebangsaan, Safee Sali untuk bermain dengan skuad Liga Super Malaysia pada musim depan. Menurut kelab asal Safee Sali Arema FC, pihak pengurusan Arema FC bersetuju untuk melepaskan Safee bagi memberi peluang kepada pemain tempatan Indonesia.

Image Hosting
Safee Sali bersama bakal pemain Johor bertemu Tengku Mahkota Johor di Wisma FAM
Menurut pengerusi Arema, kontrak Safee bersama Arema masih ada dan hanya akan berakhir pada Februari 2014 dan Safee masih berpeluang untuk kembali ke pasukan itu.
Menurut Setiausaha Persatuan Bolasepak Negeri Johor, pinjaman itu akan bermula pada 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013.
Sumber :- ESPNStarMy
Satu keputusan yang mengejutkan dari pihak Johor, Arema dan Safee sendiri. Apapun mungkin pihak berkaitan lebih tahu yang mana baik untuk Safee. Cuma tak sedap bila perkara ini dilakukan ketika Safee sedang mengalas tugas bagi skuad kebangsaan.

Sekian

Please follow and like us:
error0

6 thoughts on “Safee Sali dipinjamkan ke Johor

  1. Pingback: Safee Sali dipinjamkan ke Johor | Blog ZooL

  2. wah! saya juga terkejut dengan berita ini. Patutlah ada nampak gambar Safee Sali bersalaman dengan Tengku Mahkota Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.