Safawi Rasid hero kemenangan skuad Malaysia ke atas Korea Selatan

Lupakanlah K-Pop atau drama Korea yang korang minat tu tapi ingatlah Safawi Rasid selaku hero Malaysia. Pemain JDT kelahiran Terengganu ini telah memberikan kegembiraan kepada peminat bola sepak Malaysia termasuklah Jamal.
Malam ini selepas berpuluh tahun, akhirnya Malaysia berjaya menewaskan pasukan Korea Selatan di gelanggang bola sepak. Dalam aksi sebentar tadi, Korea Selatan yang juga juara bertahan seakan memperlekehkan Malaysia sebab tak menyenaraikan pemain bintang SOn Hyung Min.
Ditambah pula memberikan peluang kepada penjaga gol gantian ketika menentang pasukan bimbingan Ong Kim Swee ni. Safawi Rasid menjadi pemusnah berganda untuk pasukan Korea Selatan selepas berjaya menghasilkan dua gol. Gol pertama mungkin merupakan hadiah dari penjaga gol yang menangkap bola dengan agak lucu.
Walaupun Safawi dah kena kepung dengan pertahanan dan bola dah sampai ke penjaga gol tapi entah apa mimpinya, gol terlepas dari dakapan. Safawi tidak melepaskan peluang terhidang untuk menjadikan gol pada minit ke 5.
Ketika perlawanan separuh masa pertama sampai ke penghujung satu percubaan Safawi Rasid melalui outside foot berjaya menewaskan penjaga gol selepas beliau berjaya melepaskan diri dari seorang pertahanan lawan.

Bintang Korea Selatan yang mewakili SPurs hilang punca menghadapi barisan benteng Malaysia

Separuh masa kedua seperti yang diduga, barisan pemain Malaysia bermain secara bertahan. Jamal setuju dengan pendekatan ni sebab bukan mudah kalau nak main ‘pressing’ lawan pasukan Korea Selatan. Walaupun barisan pemain bawah 23 tahun tapi ramai juga pemain mereka yang mempunyai pengalaman bermain di Liga ternama.
Ditambah pula pada separuh masa kedua bintang Spurs, Son Hyung Min dah dimasukkan maka pemain kena lebih fokus. Terdapat beberapa percubaan barisan pemain Korea Selatan tapi mereka hanya mendapat satu gol pada minit ke 87 melalui Hwang Ui Jo.
Kemenangan ini menyaksikan barisan pemain Malaysia berjaya mengumpul 6 mata dan hampir pasti akan melangkah ke peringkat 16 pasukan. Harap-harap mampu lepas jauh.
Jamal memang respek habis dengan semua pemain yang berjuang berhabis-habisan sampai nampak ada beberapa pemain yang ‘cramp’ dalam bertahan ni. Walaupun main ‘parking bus’ tapi Jamal tetap suka. Hampir nak luruh jantung tunggu sampai minit terakhir tu. Korang camne pula?

2 thoughts on “Safawi Rasid hero kemenangan skuad Malaysia ke atas Korea Selatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.