post

Safawi bakal ke Portugal

Selepas Luqman Hakim, kini pemain sensasi negara Safawi Rasid telah menarik perhatian kelab dari Portugal, Portimonense SC.
Pasukan yang berpengkalan di ALgarve itu telah mengikut perkembangan pemain JDT itu selepas mengikuti perkembangan pemain itu selama enam bulan.

“Dengan status sebagai pemain muda terbaik, Portimonense SC percaya dia pemain paling berpotensi di negaranya dan salah seorang bintang di benua Asia yang dijangka menyerlah pada masa akan datang.

“Perjanjian sudah dimeterai dan ia dapat dijayakan menerusi hubungan baik antara pemegang saham terbesar pasukan, Theodoro Fonseca dengan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim,” lapor media terbabit.

Laporan sama turut menyebut betapa perpindahan itu dilihat memberi anjakan dan perkembangan positif terhadap bola sepak Malaysia.

Jurulatih pasukan itu, Paulo Sergio yang sebelum ini menunjukkan minat untuk mendapatkan seorang lagi pemain sayap kini memiliki pemain muda berpotensi untuk diketengahkan ketika ini

Terdahulu, Pengarah Sukan JDT, Martin Prest mengesahkan pasukan itu menerima tawaran daripada Portimonense untuk Safawi dan bersedia untuk melepaskan pemain itu bagi meneruskan kariernya di Eropah.

Malah, perpindahan itu mendapat ‘restu’ Tunku Ismail sekali gus menyaksikan impian pemain kelahiran Dungun itu untuk menggegar bumi Eropah menjadi kenyataan.

“Lepaskan selepas habis league (liga), All the best Safawi,” kata Tunku Ismail menerusi kenyataan di Instagram pasukan Harimau Selatan.

Sumber :-BHarian

Ligakampung.com mengucapkan syabas dan selamat maju jaya kepada Safawi.. Mungkinkah ada pertarungan antara Safawi dan Luqman Hakim pada Liga Portugal di musim hadapan?

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.