Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Mungkin ramai sedia maklum bahawa bintang muda bolasepak dari Sabah, Rozaimi Abd Rahman telah diintai oleh kelab dari Thailand, BEC Tero Sasana sebelum ini. Kelab BEC Tero Sasana ini ingin menawarkan kontrak selama 2 tahun kepada bintang muda dari Sabah itu tanpa pelu hadir ujian pemilihan.
Image Hosting
Kelab itu juga menawarkan gaji lumayan serta yuran perpindahan kepada Persatuan Bolasepak Sabah. Walaubagaimanapun Sabah FA telah menolak tawaran itu atas komitmen Rozaimi yang bermain untuk Selangor bagi kejohanan Piala Malaysia selama tiga bulan serta tugas beliau bersama pasukan Harimau Malaya.
Selain itu Rozaimi juga masih mempunyai kontrak bersama pasukan Sabah sehingga tahun 2014.
Sumber : – ESPNSTar
Pasti ada pro dan kontra tentang keputusan dari Sabah FA menolak tawaran kelab Thailand itu. Walaubagaimanapun diharap Rozaimi akan terus maju terutama dalam membantu pasukan skuad Harimau Malaya untuk kejohanan AFF nanti.
Sekian.




[...] PINGBACK NEGARAKU.MY: Sabah FA tolak tawaran kelab Thailand untuk mengikat Rozaimi | Blog Zool Ligak… [...]
macam rugi je ditolak tawaran itu. bukan senang nak dapat tawaran tanpa perlu jalani ujian pemilihan
Reply
mcm agak rugi pula..tp mungkin ade kebaikkanya beraksi di tmpt sendiri..
Reply