Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

S Kumar : Penjaga gol hoki kebangsaan bersara

Penjaga gol utama skuad hoki Malaysia, S Kumar akhirnya mengumumkan persaraan dari mewakili skuad kebangsaan.
Dalam sidang media yang diadakan sebentar tadi, atlet berusia 40 tahun yang pernah dilabel antara penjaga gol terbaik dunia mengumumkan persaraannya.
Beliau yang bercita-cita ingin mewakili negara ke Sukan Olimpik terpaksa akur apabila kudratnya untuk membantu skuad hoki negara ke kejohanan terulung itu tidak kesampaian.
Pemain yang mengumpul 321 kap keseluruhan ini sering membantu skuad negara dalam mempertahankan gawang dari dibolosi.
Pasti insiden yang meragut peluang ke Olimpik Tokyo iaitu ketika perlawanan akhir Sukan Asia 2018 merupakan peristiwa pahit yang menjadi igauan ngeri.

Khidmatnya selaku penjaga gol utama negara selama 20 tahun ini telah dinoktahkan namun pengalaman dan ilmu beliau masih ditagih untuk diperturunkan kepada pemain muda.
Semoga ini sedikit sebanyak memberi ruang kepada pemain lain untuk menyinar.
Semoga sukses S Kumar.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)