LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Russel pecah rekod Khairul Hafiz

Jika pada bulan Januari lalu, pelari pecut berdarah kacukan negara, Russel Alexander Nasir hanya kekurangan 0.04saat untuk memecahkan rekod kebangsaan 200 meter catatan Khairul Hafiz Jantan namun pada Sabtu lalu impiannya tercapai.
Pelari yang baru berusia 21 tahun itu berjaya mencatat masa 20.77 saat untuk menduduki tangga kedua dalam Kejohanan Trek Klasik Queensland di Brisbane, Australia. Pelajar University of the Sunshine Coast ini memadamkan rekod The Speedy Jantan yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017 dengan catatan 20.90 saat.
Dalam Kejohanan tersebut emas dan gangsa dikuasai pelari Jepun, Kei Takase dan Daisuke Miyamoto yang mencatat 20.75 saat dan 20.87 saat.
Keputusan ini pasti menggembirakan kontijen olahraga negara yang menyaksikan bertambahnya perebutan bagi mendominasi acara pecut Malaysia.

Menurut Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Russel akan menerima wang tunai berjumlah RM21,000 iaitu RM20,000 untuk elaun latihan selama dua tahun dan RM1,000 kerana memecahkan rekod kebangsaan.
Beliau juga dijangka akan disenaraikan dalam program persediaan ke SUkan SEA 2019 di Filipina kerana berpotensi untuk merangkul pingat sekiranya konsisten dengan persembahannya.
Catatan masa masih jauh dari rekod Sukan SEA yang dicatatkan oleh Reanchai Seeharwong pada Sukan SEA 1999 iaitu 20.69 saat tetapi tidak mustahil mampu dilakukan oleh Russel memandangkan usianya yang masih muda dan berpotensi untuk meningkat.
Kalau ikutkan catatan pemenang pingat emas Sukan SEA 2017, Trenten Anthony Beram dari Filipina iaitu 20.84 saat maka mungkin kilauan pingat emas boleh di jana oleh Russel selepas ini.

Diharapkan Russel akan meneruskan aksi terbaiknya. Begitu juga pelari pecut lain, anggap ini cabaran untuk menjadi lebih baik. Khairul Hafiz Jantan perlu meningkatkan prestasinya kerana telah muncul ramai pelari berpotensi untuk merampas gelaran raja pecut darinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.