LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Russel bakal pencabar Khairul Hafiz Jantan, hampir pecahkan rekod kebangsaan 200 meter

Mungkin sebelum ini kita tidak pernah mendengar nama Russel Alexander Nasir Taib selaku atlet pecut negara. Mendengar namanya kita tidak pernah terfikir ianya adalah pelari tempatan, namun atlet berusia 21 tahun itu membayangkan kemampuan beliau untuk bersaing dalam acara 200 meter pecut. Beliau yang berdarah campuran Australia – Malaysia itu yang lahir di Selangor mempunyai potensi dalam acara 400 dan 200 meter itu.
Pelari pecut negara ini hanya kekurangan 0.004saat dari catatan rekod kebangsaan ketika menjuarai kejohanan Olahraga Shield Series di Pusat Olahraga dan Sukan Queensland, Australia semalam.

Atlet yang sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan psikologi sukan di Universiti Sunshine Coast, Queensland ini pernah meraih pingat gangsa dalam acara 400meter di Kejohanan Olahraga Remaja Asia 2015 itu telah melayakkan diri ke Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2019 di Naples, Italy (Julai) dan Sukan SEA 2019 di Manila Filipina pada November depan.
Ia menyaksikan Russel menjadi pemegang catatan ketiga terpantasa selepas Kahirul Hafiz Jantan 20.90 saat dan Tan Sri Dr. M. Jegathesan (20.92s).
Ini merupakan perkembagan baik bagi atlet olahraga negara yang dalam misi untuk mendapatkan emas 200 meter Sukan SeA 2019 pula tahun ini.

Facebook :-Russel Alexander Nasir Taib

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)