LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Rusel dan Aqil dilarang bertanding

Apa sudah jadi pada urusetia yang membawa atlet negara ke Sukan Universiti Dunia (Univesiade), Napoli, Itali selepas dua atlet negara tidak dibenarkan bertanding.
Pemegang rekod 200 meter negara, Russel Alexander Nasir Taib dan Muhammad Aqil Yasmin tidak dibenarkan beraksi dalam kejohanan tersebut.
Menurut Russel, nama beliau tidak tersenarai dalam acara dan dilarang untuk masuk bertanding.

Katanya, beliau berusaha keras untuk ke pertandingan tersebut dan apabila insiden ini berlaku, ia amat mengecewakan.

“Saya memohon maaf kepada pihak yang membantu untuk saya ke pertandingan ini (keluarga, kumpulan latihan dan jurulatih) kerana tidak dapat mewakili mereka serta negara dan mengecewakan penyokong olahraga Malaysia,” katanya.

“Saya menyasarkan pertandingan ini lebih 12 bulan dengan memperbaiki catatan masa terbaik semusim 22.0 saat (s) pada awal 2018 sehingga catatan kini 20.77s untuk acara ini (masa kelayakan 20.97s),” katanya atlet berusia 21 tahun itu.

Berikutan kejadian itu, Russel dan Muhammad Aqil kini berlatih untuk acara 4x100m bersama juara 100m Sukan SEA 2017, Khairul Hafiz Jantan dan Jonathan Nyepa, Jumaat ini.

Russel, pemenang pingat gangsa Kejohanan Remaja Asia 2015 yang kini berpangkalan di Queensland, Australia, mencatat rekod kebangsaan 200m selepas melakukan catatan 20.77s ketika meraih pingat perak kejohanan Trek Klasik Queensland, Australia, 23 Mac lalu.

Masa tersebut memadam rekod milik Khairul Hafiz Jantan, 20.90s yang dilakukan pada Terbuka Malaysia 2017.

BERNAMA

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)