Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya yakin ramai di antara anda yang ingin memiliki rumah.. Ye lah asyik duduk menyewa/ menumpang mesti teringin untuk mendapat satu aset untuk diri sendiri.
Memang bukan mudah untuk membeli sebuah rumah.. Masalah seperti ketidakmampuan untuk membayar deposit, yuran guaman, sukar mendapat pinjaman, birokrasi, lokasi rumah, projek terbengkalai dan banyak lagi sering menjadi penyebab kegagalan individu mendapatkan rumah..
Rasanya dalam entri ini saya tidak mahu membincangkan perkara tersebut cuma ingin memberi sedikit promosi rumah di Melaka. Masih terdapat lebih dari 1000 unit rumah pelbagai jenis yang masih terjual.. Rumah berharga RM 35,000 - RM 400,000 ( dan mungkin lebih) yang telah siap dibina namun masih belum habis dijual….
Maklumat lanjut boleh didapati di agensi-agensi seperti berikut :-
* Lembaga Perumahan Melaka
Aras 1 Blok Bentara
Seri Negeri
75450 Ayer Keroh
Melaka
Tel : - 06-2307538 / 548 / 546 ( Zool, Maya)
* Lebih kepada Rumah Kos Rendah Negeri Melaka
+PERTAM Properties Sdn Bhd
No. 12, Jalan DR 1, Taman Delima Raya,
75150, Bukit Baru, Melaka
Tel: 06-2329227, 2318425
Fax: 06-2329375
+ Khusus untuk lot Bumiputera
REHDA Melaka
tel : 06-337 4288/336 5188
Jadual Pameran Penjualan Rumah dan Hartanah (MAPEX 2008 ) Melaka
Tarikh : 2008-07-18 -> 2008-07-20
Lokasi : Mahkota Parade
Jadi ramai-ramailah menyerbu Mahkota Parade pada tarikh di atas untuk mendapatkan rumah di Melaka..
Perhatian!! :- Maklumat tersebut hanya sah sehingga 28.5.2008. Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat perubahan tarikh dan polisi yang menyebabkan maklumat-maklumat yang disampaikan ini tidak dapat membantu anda.. Harap Maklum
Tags: Negeri Melaka, rumah









May 30th, 2008 at 1:56 am
waaa, begus betulla ko promosi pasal umh ni..ko kena mintak komisyen ni kalau diaorg berjaya jual umh hasil promosi ko ni bro,hehe..:) akupun tak pasti lagi..nak beli skrang mmg boleh tapi aku ada tanah..dan cadang nak bina umh kat atas tanah tu,huhu…tengoklah org umh aku kerja mana sok,kekeke..
[Reply]
May 30th, 2008 at 4:49 am
melabur hartanah kat melaka pon bagus gak ni…
[Reply]
May 30th, 2008 at 9:58 am
Err saya tak suka duduk rumah taman. saya suka duduk rumah sebijik. kalau tak mampu nak bagi saya rumah sebijik, bagi je rumah kat kampung, asalkan laman nya luas! hahahah.. mcm la ada yg bagi kat saya rumah camtu.. huh gilo mu t.a.t.a weii… hahaha
[Reply]
May 30th, 2008 at 10:50 am
Salam…
Saya setuju dgn kumb@ng, melabur di bidang hartanah satu pelaburan yg bijak (jgn pelaburan internet yg bukan2 dah ler…)
Selain rumah taman style skrg ni, rumah ‘melaka lama’ juga tetap best pd saya. Teringat zaman sekolah2 dulu balik ke kg lalu jln muar-melaka (jln lama), kiri kanan tgk umah melaka lama, yg ada satu tempat tu ada lak bendang, sejuk jer mata memandang…ohh
[Reply]