Rumah terbuka , proses menambahkan kapasiti

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah masih lagi mampu menaip bait-bait perkataan di papan kekunci ni.. Rumah terbuka memang menjadi kemestiaan bagi setiap perayaan di negara kita. Berkonsepkan semangat kekeluargaan dan persahabatan rumah terbuka menjadi tempat untuk sama-sama merapatkan silaturrahim sambil membantu memperkenalkan juadah-juadah kepada tetamu.

Memang seronok bagi tetamu yang dijemput. Almaklumlah sedikit sebanyak dapat menjimatkan wang gaji, tak perlu berbelanja untuk makan. Tak gitu?

Walaupun dinamakan rumah terbuka namun tahap keselamatan perlu dijaga. Jangan terbuka sangat hingga nanti dimasuki oleh mereka yang tak sepatutnya. Nanti seronok-seronok melayan tetamu tak perasan barang berharga anda lesap entah ke mana. Perlu berhati-hati.

Bila bercerita tentang rumah terbuka sudah pastilah ianya lebih banyak berkisar tentang makanan berbanding tentang nikmat mengeratkan ‘silaturrahim’ antara satu sama lain. Kadangkala sedar tak sedar kadar pemakanan sehari di rumah terbuka lebih dari kapasiti makan seminggu. Bahaya tu. Jangan sampai terlebih sudah.. Nanti terpaksa melakukan usaha-usaha untuk mengurangkan kadar lemak di badan. Kenalah amalkan diet pula nanti. Tapi kalau nak diet pun kenalah ikut cara yang betul. Panduan komprehensif diet dan langsing adalah panduan yang sesuai. Tapi kalau ada panduan pun tapi masih tidak mengawal kadar pemakanan di rumah terbuka pun payah juga. Jadi kenalah mendisiplinkan diri. Kalau pegi rumah terbuka tu pandai-pandailah mencari makanan yang sesuai. Jangan bantai layan sate sampai 20 cucuk, mee goreng 4 pinggan, air 8 jag. Nanti kalau sakit siapa susah?? Bukan anda je susah, saya pun susah.. Kenapa plak si Zool pun susah?? Ye lah bila anda sakit, ini bermakna anda tidak dapat melayari blog ini dan kuranglah seorang pengunjung blog ini.. :)

Okay, sekian sahaja..
p/s :- Ada juga rakan yang bertanya bila si Zool nak buat rumah terbuka. Seperti biasa, si Zool tak tau jawapannya. Mungkin kalau di izinkan olehNya ‘rumah terbuka’ si Zool akan berlangsung jua.. :)

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1227
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

6 Responses to “Rumah terbuka , proses menambahkan kapasiti”

  1. catzerNo Gravatar says:

    Raya thn ni paling best sebab byk mknn but spt biasa aku cuba gak kawal2 mkn.heheh..kang terbulat plak

    Reply

  2. denaihatiNo Gravatar says:

    Salam Aidil fitri dan maaf zahir batin. Terima kasih ingatkan aku dengan perkataan kelamai tu ..menang lupa betul aku dgn word tu.

    Reply

  3. Taufik SMNo Gravatar says:

    ala ….

    kenyang perut je ….

    Reply

  4. safarNo Gravatar says:

    Bab permakanan berhemat ni.barang berharga lesap
    tu kita kena berjaga-jaga.sebab sekarang banyak
    penginap hotel kehilangan barang berharga.

    semalam baca surat khabar metro….

    Reply

  5. ShaffikNo Gravatar says:

    Aku tak berkesempatan pergi ke rumah terbuka lagi. Mungkin next week dah start mengunjungi rumah terbuka.

    Reply

  6. Fatin PauziNo Gravatar says:

    Ada rumah terbuka ke tak, kapasiti makan aku sama je.
    Aku nak tambah berat badan, tapi makan tak banyak. Adehh..

    Reply

Leave a Reply