Rumah Terbuka

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Photobucket
Nampaknya kita masih lagi di dalam bulan Syawal..Masih ramai yang membuat rumah terbuka samada secara persendirian ataupun organisasi.

Dan sebagai seorang yang gemar makan dengan muka tak malunya pergi ke rumah yang terhidang makanan yang lazat-lazat.. Yang lebih best adalah ‘free’.. He he he..
Dalam lepak-lepak di rumah terbuka ada yang gatal-gatal mulut bertanyakan kepada saya, bila giliran untuk saya membuat rumah terbuka di rumah saya.. Susah sikit nak jawab ni.. Kalau hari raya pertama – ketiga anda boleh datang rumah ‘bapa’ saya. Insyaallah biasanya saya berada di rumah..
Tapi kalau nak datang di ‘rumah’ saya memang tiada apa-apa lagi.. Masih dalam pembinaan… Bukan pembinaan dari segi rumah tapi dari segi meletakkan barang-barang di rumah itu.. Selain itu ‘rakan kongsi’ belum ditemui jadi sukarlah kalau nak buat rumah terbuka si ZOol… Ye lah.. Nanti kalau buat rumah terbuka sapa nak masak.. Nak harapkan Zool?? Hm.. setakat goreng-goreng tu bolehlah.. Nak lebih-lebih takdelah..

Sebenarnya majlis rumah terbuka amat bagus, selain dari dapat mengeratkan silaturrahim kita juga dapat membandingkan rumah si penganjur dengan kita.. Jangan cemburu jika rumah penganjur lebih hebat dari kita.. Cuma jadikan rekabentuk rumah mereka sebagai ilham atau inspirasi untuk berjaya.. Mungkin satu hari nanti si Zool memiliki rumah lebih baik dari tu..
Penganjuran rumah terbuka mampu menambahkan keberkatan.. Kepada yang menerima bonus sudah pastinya ianya sebagai perkongsian rezeki yang dianugerahkan olehNya… Tak kemana rezeki tu malahan ramai yang akan respek dengan mereka yang buat rumah terbuka..

Rasanya cukuplah setakat ini.. Perut pun dah mula membesar akibat terlalu banyak ke rumah terbuka dan perlu distabilkan.. Dan kepada rakan-rakan yang mungkin ingin menantikan rumah terbuka si Zool, sama-samalah kita berdoa.. Mana tau tahun depan anda akan dijemput ke rumah terbuka nya… AMIN..

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 348
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

9 Responses to “Rumah Terbuka”

  1. samdaddycoolNo Gravatar says:

    Seriussss… kalo ko buat aku gi.. bukan jauh nooo muo dgn melaka..

    Reply

  2. lindoshNo Gravatar says:

    ha’a buat je. mana tau time saya balik melaka bleh singgah haha

    Reply

  3. shaxxNo Gravatar says:

    Hari ni satu, mingu depan satu lagi pastu abis la kot… kureng meriah tahun ni…

    Reply

  4. AdryNo Gravatar says:

    sana sini jemput makan.. hehehhee

    Adry @ http://www.adrysabry.com

    Reply

  5. azlan shahNo Gravatar says:

    keluarga saya tak pernah buat rumah terbuka. tapi rumah kami sentiasa terbuka untuk menerima tetamu…cuma beritahu sebelum nak datang, takut kami tiada di rumah.

    Reply

  6. azlan shahNo Gravatar says:

    rumah saya tak pernah buat open house, tapi sentiasa terbuka untuk menerima tetamu…:)

    Reply

  7. azlan shahNo Gravatar says:

    rumah saya tak pernah buat open house, tapi sentiasa terbuka menerima tetamu..datang saja

    Reply

  8. smaelzNo Gravatar says:

    sebulan sungguh beraya nih.. wah wah

    Reply

  9. Afzai AfandiNo Gravatar says:

    baru jer lepas buat open house…

    Reply

Leave a Reply