post

RTM dapat hak siaran eksklusif kejohanan bolasepak Piala Dunia 2014

Pasti satu berita yang menggembirakan bagi peminat bolasepak tempatan yang tidak melanggan siaran televisyen berbayar. Dalam satu kenyataan media, Ketua Pengarah Penyiaran RTM Datuk Norhayati Mohd Ismail memaklumkan bahawa RTM berjaya memperoleh hak siaran eksklusif kejohanan sukan terulung di dunia iaitu kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014.
Beliau memberitahu bahawa RTM akan menyiarkan sebanyak 35 perlawanan meliputi siaran langsung dan 11 siaran tertunda dengan siaran berdefinisi tinggi. Kejohanan yang akan berlangsung di Brazil pada 12 Jun hingga 13 Julai nanti akan melibatkan pasukan-pasukan handalan dunia yang diminati ramai peminat bolasepak di Malaysia.
Trofi Piala Dunia
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata bahawa penyiaran itu dibuat bagi memenuhi permintaan rakyat yang meminati kejohanan tersebut. Menurutnya juga, dana bagi pembelian siaran eksklusif itu diperolehi daripada penajaan syarikat swasta tanpa menggunakan duit kerajaan.

– BERNAMA

Memang satu berita yang baik bagi peminat bolasepak di Malaysia ini. Dengan adanya siaran langsung dan tertunda di rangkaian televisyen RTM pasti memudahkan pengguna. Mereka tidak perlu semata-mata melanggan siaran televisyen berbayar atau pergi ke kedai mamak untuk menonton perlawanan tersebut.

p/s :- Tak sabar pula nak menantikan kejohanan Piala Dunia 2014 ni. Tapi belum confirm lagi samada mampu beli televisyen atau tidak pada waktu itu. Diharap mampulah memiliki sebuah televisyen lebih-lebih lagi tak perlu nak langgan ASTRO kan? Hehhehe.
Oh, ye.. Pasukan manakah yang menjadi pilihan anda untuk menjuarai Piala Dunia 2014 ini? Kalau ikut si Zool mengharapkan Belanda tapi mungkin kelebihan pada Brazil yang bermain di gelanggang sendiri.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “RTM dapat hak siaran eksklusif kejohanan bolasepak Piala Dunia 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.