post

Rozaimi berpindah dari JDT II

Salah seorang pemain bola sepak yang dahulunya berpotensi untuk menjadi penyerang unggul negara, Rozaimi Abdul Rahman akan berpindah dari pasukan JDT II.
Bekas pemain kebangsaan itu akan mempertimbangkan untuk mewakili salah satu dari pasukan yang bertanding pada Liga Super pada tahun lepas. Ini disebabkan beliau masih bermotivasi untuk mewakili pasukan kebangsaan di masa hadapan.
Beliau juga ingin membuktikan bahawa skill beliau masih relevan untuk beliau beraksi di peringkat antarabangsa.

Kami di Ligakampung berharap Rozaimi boleh bermain untuk pasukan kebangsaan. Kalau di lihat prestasinya di JDT II juga cukup baik dimana banyak gol dihasilkan.
Mungkin dengan menyertai pasukan baharu akan menambahkan lagi sengatnya. Teringat pada satu masa dahulu, beliau telah diintai oleh kelab Thailand ketika usianya masih muda lagi.
Cuma selepas terlibat dengan kemalangan, beliau seperti hampir berputus asa untuk bermain bola sepak namun kembali bangkit..

Semoga Rozaimi akan berjaya sebab jujurnya kami meminati teknik beliau dan yakin dia masih mempunyai skill itu.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.