Rozaimi Abdul Rahman, budak kampung yang semakin meningkat naik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Secara tiba-tiba sahaja budak kampung kelahiran Bongawan, Sabah ini mendapat tempat di hati para peminat bolasepak tempatan. Ini disebabkan oleh kehebatan beliau menjaringkan 10 gol dalam kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun di Myanmar pada minggu lalu.
Kehebatan beliau itu telah mendapat perhatian pasukan dari Liga Perdana Thailand iaitu Bec Tero Sasana. Dalam temubual beliau di media massa, menyatakan bahawan beliau tidak mempunyai pengalaman yang besar dan cuma sekadar di peringkat kampung sahaja.
Pemain berusia 19 tahun ini juga hanya mula serius dalam sukan bolasepak apabila diterima masuk ke dalam skuad Liga Simpanan Sabah ketika berusia 17 tahun. Ini menunjukkan bahawa beliau bukanlah pemain yang lahir dari mana-mana sukan bolasepak namun kesungguhan beliau mampu memberikan kejayaan.

profile rozaimi abdul rahman sabah
upload picture

Profile Rozaimi Abdul Rahman .
Kredit :- Ammboi.com

Gol Rozaimi ketika menentang Vietnam

Tawaran yang diterima oleh beliau mungkin patut diambil sekiranya Rozaimi ingin maju ke hadapan. Ini kerana menjadi sebagai pemain import akan mencabar diri untuk menjadi yang terbaik dari kalangan pemain dari pasukan kelab Thailand itu. Selain itu, beliau juga berpotensi untuk diintai oleh pasukan luar dan mungkin akan mendapat peluang seperti Nazmi Faiz. Pasti peluang terbuka ini mampu mengubah hidup beliau.

Dengan timbulnya pemain seperti Rozaimi ini patut membuka mata kepada pihak-pihak berkaitan supaya mencari pemain-pemain terutama yang berada di ceruk-ceruk kampung. Pasti ada remaja-remaja yang berpotensi tapi tidak berpeluang untuk meneruskan kecemerlangan atas sebab-sebab tertentu. Mungkin ramai lagi pemain kelahiran Borneo yang boleh diketengahkan, atau ada anak-anak orang Asli di hutan-hutan yang berbakat tapi tidak diketengahkan.
Begitu juga dengan bangsa-bangsa lain yang agak kurang menonjol yang boleh dicari. Jangan hanya mengharap kepada sukan-sukan sekolah sahaja kerana pasti ada di luar sana yang berbakat. Sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan..

Sekian.

p/s :- Siapa kata budak kampung tak hebat?

Please follow and like us:
error0

7 thoughts on “Rozaimi Abdul Rahman, budak kampung yang semakin meningkat naik

  1. Memang berbakat besar Rozaimi ni. Antara player harapan pasukan Sabah. Rasanya kalau dia nak melebarkan sayap ke liga luar negara pun okay juga. Just kena pilih betul-betul liga mana. Takut jadi flop nantinya.

  2. Pingback: Rozaimi Abdul Rahman, budak kampung yang semakin meningkat naik | Blog Zool Ligakampung.

  3. memang banyak sebenarnya bakat besar di peringkat kampung. cuma mereka tidak didedahkan atau bakat mereka dicungkil oleh pihak lain. pemilihan pemain biasanya diadakan di banda-bandar utama sahaja.

    di malaysia masih tidak wujud pencari bakat, sama seperti negara-negara luar.

  4. Pingback: Selangor ikat Rozaimi | Blog Zool Ligakampung

  5. dia ni rupa je budak kampung. tapi terhebat laa. minat gile kat dia. kalau2 dia main bola tuh. rasa nak rakan jer. setiap kali dia main. mesti saya rakam. hehe. walaupun dlm tv. huhu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.