Rosaknya anak muda

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tengah-tengah mencari idea dalam suratkhabar online tetiba saya terbaca satu berita yang sedikit memeranjatkan.. Mungkin bagi orang-orang bandar tidak mengejutkan tapi bagi saya yang agak kolot ni perkara tersebut memang menyedihkan..
Sedikit petikan hmetro..

KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara ini kehilangan dara pada usia muda.

Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan beranggapan remaja yang masih dara sebagai kelompok ketinggalan zaman.

Hasil temu bual Metro Ahad dengan sekumpulan remaja yang pernah terjerumus dalam pelbagai gejala sosial juga mendapati, ada remaja yang kini berusia 15 tahun memberitahu kali pertama mereka melakukan hubungan seks ketika berusia 10 tahun.

Ada juga yang mengaku seawal usia lapan tahun, mereka mula merokok, minum arak dan mengambil dadah jenis syabu.

Berita penuh

Nampaknya semakin hari semakin teruk akhlak remaja kini.. Makin tersenyumlah mereka-mereka yakni musuh-musuh melihat perkembangan ini.. Dan pertelagahan sesama bangsa yang tidak berkesudahan tidak membantu… Rasa-rasanya tercapai ke Wawasan 2020 kalau inilah dia bakal-bakal wanita yang akan menjadi peneraju negara..

Entahlah ‘ masing-masing pikirlah sendiri’…

p/s :- Israel terpaksa menggunakan serangan fizikal untuk menjatuhkan Palestin. Tengah kita sibuk-sibuk cerita pasal Palestin kita terlupa rupanya di negara kita juga mengalami masalah yang teruk.. Bersamalah kita berdoa agar Malaysia tidak akan menjadi seperti Bosnia.. Wallahualam..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1825
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

9 Responses to “Rosaknya anak muda”

  1. AASSHHNo Gravatar says:

    zool..saya setuju dengan awak.Lihat saja pakaian remaja masa kini..amat myedihkan sedangkan negara kita adalah negara Islam.Persoalannya nak salahkan siapa?Diri sendiri?Ibu bapa?Masyarakat?Media massa?atau pelancong yang datang ke negara kita…Fikir-fikirkanlah..

    Reply

  2. KNizamNo Gravatar says:

    tu la kan
    makin teruk la aku tengok

    Reply

  3. chikaNo Gravatar says:

    10 tahun dah pandai?
    gulp!

    Reply

    manNo Gravatar Reply:

    Nak salahkan siapa? Bila duduok rumah yang sempit macam sarang burung merpati. duduk lepak dengan kawan seronok dan termakan pujukan iblis.

    Reply

  4. ubeyNo Gravatar says:

    mmg realiti budak zaman sekarang. bimbang sgt2

    Reply

  5. kitaNo Gravatar says:

    salah siapa kah ? salah sendiri !

    Reply

  6. MIJINo Gravatar says:

    Hmm…baru2 ni pun kecoh pasal laman web yg mengajak melakukan pesta seks bebas,masya-Allah,inikah pemikiran terbuka(open-minded)yg kita agung-agungkan?

    http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/

    Reply

  7. kreugerNo Gravatar says:

    aduhs… segan sungguh… tuh kalau
    tanye name yang terlibat tuh… sah la
    dari yang ade bin. and binti kan…
    ape laa nak jadik zaman la ni???

    *sedey

    Kreuger®

    Reply

  8. acaiNo Gravatar says:

    slm zool,

    Itu secara tidak langsung menggambarkan diseluruh dunia umat Islam adalah terdiri dari umat yang lemah dan sering ditindas…sama ada secara fizikal or mental..

    Reply

Leave a Reply