Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tengah-tengah mencari idea dalam suratkhabar online tetiba saya terbaca satu berita yang sedikit memeranjatkan.. Mungkin bagi orang-orang bandar tidak mengejutkan tapi bagi saya yang agak kolot ni perkara tersebut memang menyedihkan..
Sedikit petikan hmetro..

KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara ini kehilangan dara pada usia muda.

Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan beranggapan remaja yang masih dara sebagai kelompok ketinggalan zaman.

Hasil temu bual Metro Ahad dengan sekumpulan remaja yang pernah terjerumus dalam pelbagai gejala sosial juga mendapati, ada remaja yang kini berusia 15 tahun memberitahu kali pertama mereka melakukan hubungan seks ketika berusia 10 tahun.

Ada juga yang mengaku seawal usia lapan tahun, mereka mula merokok, minum arak dan mengambil dadah jenis syabu.

Berita penuh

Nampaknya semakin hari semakin teruk akhlak remaja kini.. Makin tersenyumlah mereka-mereka yakni musuh-musuh melihat perkembangan ini.. Dan pertelagahan sesama bangsa yang tidak berkesudahan tidak membantu… Rasa-rasanya tercapai ke Wawasan 2020 kalau inilah dia bakal-bakal wanita yang akan menjadi peneraju negara..

Entahlah ‘ masing-masing pikirlah sendiri’…

p/s :- Israel terpaksa menggunakan serangan fizikal untuk menjatuhkan Palestin. Tengah kita sibuk-sibuk cerita pasal Palestin kita terlupa rupanya di negara kita juga mengalami masalah yang teruk.. Bersamalah kita berdoa agar Malaysia tidak akan menjadi seperti Bosnia.. Wallahualam..

Related Posts with Thumbnails
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl

Comments (9)