LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Ronaldinho bakal sertai Liga M ?

Bukan Patrick Ronaldinho (pemain PKNS dari Liberia) tapi bekas pemain terbaik dunia, Ronaldinho dikhabarkan dilamar oleh pasukan Malaysia.
Sudah pasti ia menjadi rumor yang cukup kecoh pada minggu ini. Ronaldinho yang pernah memenangi pelbagai anugerah samada secara individu atau berpasukan dikhabarkan diintai pasukan Pahang dan JDT.

ronaldinho

Menurut ejen Ronaldinho yang juga abangnya, Roberto Asis pemain yang mempunyai nilai kontrak RM47.7 juta setahun itu mendapat tawaran dari Pahang dan juga sebuah kelab dari Switzerland, FC Sion. Selain itu terdapat gossip menyatakan JDT juga ingin mencuba mendapatkan kontrak pemain berusia 35 tahun ini pada musim 2016.

Ulasan Ligakampung.com

Secara jujurnya, mendapatkan seorang pemain dengan nilai RM4o juta setahun bagi Liga Malaysia adalah keputusan yang tidak relevan. Memang kita akui Ronaldinho adalah pemain berkelas dunia tapi adakah pelaburan ini berbaloi. Adakah dengan seorang pemain, sebuah pasukan itu mampu pergi lebih jauh atau mampukah jenama Ronaldinho memasarkan kelab bolasepak tersebut untuk mengaut keuntungan yang berbaloi.
Walaupun mungkin pendapatan kelab boleh meningkat hasil jualan seperti baju, poster yang berkaitan dengan Ronaldinho namun rasanya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan gaji beliau. Apatah lagi Liga Malaysia masih berada dalam lingkungan tempatan sahaja. Pasti sukar untuk mendapat penaja yang sanggup membelanjakan jutaan ringgit ke dalam poket kelab. Selain itu, dalam usia 35 tahun jenama Ronaldinho sudah mula berkurangan.
Beliau mungkin tidak segah ketika usia 20-an. Malahan dalam tempoh beberapa tahun ini beliau sentiasa bertukar kelab dan mengalami kecederaan. Apapun, semoga pihak yang ingin mengambil beliau berfikir panjang sebelum membuat pelaburan ini.

Bagi yang tak mengenali Ronaldinho, mari kita lihat sedikit sebanyak info mengenai bintang bolasepak Brazil ini.

Ingin dapatkan produk berkaitan Ronaldinho? Klik sini

Siapa Ronaldinho?
Ronaldinho atau nama sebenarnya Ronaldo de Asis Moreira dilahirkan pada 21 Mac 1980. Lebih dikenali dengan panggilan Ronaldinho atau Ronaldinho Gaucho merupakan seorang pemain bolasepak berasal dari Brazil. Posisi beliau adalah pemain tengah menyerang atau penyerang. Beliau dikenali dengan teknik, trik, kawalan bola, skill serta jaringan hebat yang dilakukan.
Pernah memenangi pemain Terbaik Dunia pada tahun 2004 dan 2005. Beliau pernah memenangi Piala Dunia 2002 di Brazil serta telah bermain sebanyak 97 perlawanan dan menjaringkan 33 gol untuk negaranya.

Beliau memulakan karier professional dengan kelab Brazil, Gremio sebelum berpindah ke kelab Eropah iaitu Paris Saint Germain, FC Barcelona dan AC Milan. Beliau kembali bermain di Liga Brazil untuk kelab Flamengo dan Atletico Mineiro sebelum berpindah ke Mexico untuk mewakili Queretaro.
Aksi di Barcelona merupakan kemuncak kariernya apabila berjaya memenangi La Liga sebanyak 2 kali,Liga Juara-juara Eropah 2006 dan beberapa anugerah individu iaitu Pemain Terbaik Dunia 2004 dan 2005.
Wikipedia

Memang kalau tengok profil Ronaldinho cukup mengkagumkan. Adakah benar gossip mengenai Ronaldinho bakal sertai pasukan Liga M? Tunggu dan lihat.

Saksikan antara skill dan aksi menarik yang dilakukan oleh Ronaldinho

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Ronaldinho bakal sertai Liga M ?

  1. Rasanya nilai Ronaldinho tak lah capai 40 juta setahun lagi kot? Sure dah drop below 10 juta. Biasanya media yg over2 dalam hal ni. Tapi kalau dapat bawa mamat ni ke Liga M sure gempak punya. Dia ada skill yg hebat, so tak perlu fit sangat. Meaning kasi dia free role pada posesi #10 dan biarkan dia buat dia punya magic. Tak perlu kejar atau rampas bola. Simpan nafas utk buka pertahanan lawan sahaja. At 35, boleh lah main lagi 3 tahun kot?
    Cuma kawe rasa JDT je yg boleh bayar gaji lebih dari 5 juta setahun di Malaysia ni. Kecualilah ada biliyon derma masuk dalam akaun Persatuan Bolasepak Pahang 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)