LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Rombak Harimau Malaya – Jurulatih Palestin

Semua sedia maklum tentang kegagalan skuad bolasepak negara ketika berhadapan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil tempohari.
Walaupun diakui pasukan negara sukar untuk menang perlawanan tersebut tetapi dibelasah digelanggang sendiri dengan keputusan 0-6 amat memalukan. Apatah lagi bila melihat keputusan jiran terdekat, Singapura yang mampu mengikat pasukan terbaik Asia, Jepun tanpa bolos. Malahan pasukan-pasukan ASEAN lain juga memberikan keputusan yang baik dan tidak terlalu teruk.

BUKIT JALIL 15 JUNE 2105. Jurulatih Palestin Abdelnassar Barakat 9 (kanan) bersama pemiannya Jaka Hbaisha (dua kanan)semasa Sidang media kelayakan Kelas A Piala Dunia 2018 pada 16 Jun ini di Stadiun Nasional Bukit Jalil. NSTP/Hasriyasyah Sabudin.
Jurulatih Palestin Abdelnassar Barakat 9 yang menghadapi pelbagai cabaran melatih pasukan Palestin

Pasukan yang ditentang, Palestin yang berdepan dengan kancah peperangan itu mampu menunjukkan sebab mereka berada jauh di ranking FIFA.Keputusan ini menyaksikan peluang untuk melepasi saingan kumpulan semakin tertutup. Sebelum ini juga pasukan negara hanya mampu seri dengan keputusan 1-1 di tangan Timor Leste, pasukan yang tidak mempunyai liga kompetitif sendiri.

Gambar Hiasan

Jurulatih pasukan Palestin, Abdel Nasser Barakat yang terkejut dengan keputusan ini mencadangkan agar tindakan drastik perlu diambil oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Menurutnya, rombakan besar perlu dilakukan iaitu dengan menukar hampir keseluruhan pemain. Menurutnya juga, 15 pemain baru berusia antara 22 hingga 24 tahun diserap selepas aksi di Piala Asia 2015 pada awal tahun ini.
Beliau juga menjelaskan yang Palestin tidak mempunyai dana besar dalam melakukan persiapan untuk kejohanan ini. Mereka mengadakan kem di Tunisia dimana hanya 3 perlawanan diadakan dengan memperbetulkan kesilapan tanpa mengira keputusannya.

Aksi ketiga Malaysia ialah menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi pada 3 September depan.
Dollah Salleh dalam kenyataannya membayangkan untuk menggugurkan sebahagian daripada 23 pemain kebangsaan yang beraksi ketika menentang Palesti tempohari.

– HMetro

Secara peribadi saya amat bersetuju dengan kenyataan jurulatih Palestin. Mungkin agak sukar untuk menukar jurulatih namun perubahan besar perlu dilakukan. Dollah perlu berani melakukan perubahan atau akan diaibkan lagi pada perlawanan seterusnya. Pasukan yang perlu dihadapi adalah UAE dan Arab Saudi yang mempunyai reputasi lebih baik dari Palestin.
Dollah perlu mencari pemain yang mempunyai fizikal yang kuat dan keras. Dapat lihat dalam perlawanan tempohari pemain mudah penat dan tidak mampu bersaing dengan pemain yang mempunyai fizikal lebih besar dan tinggi. Pasti ada pemain yang mempunyai kekuatan tersebut berbanding mengharapkan pemain veteran yang sudah tidak mempunyai kemampuan fizikal tersebut.

Adakah Amri Yahyah akan tersenarai dalam kesebelasan Dollah selepas ini?
Adakah Amri Yahyah akan tersenarai dalam kesebelasan Dollah selepas ini?

Selain itu, strategi juga perlu sesuai dengan pasukan lawan. Mana mungkin aksi hantaran tinggi dan jauh digunakan ketika menentang pasukan fizikal seperti Palestin. Setiap pemain perlu bersedia samada ketika bola di kaki mahupun tidak. Banyak juga situasi seorang pemain mendapat bola dikepung 2-3 pemain lawan namun tiada pemain negara yang merapati.

Kalau gagal juga perlawanan selepas ini, mungkin jurulatih baru perlu dipanggil dan pastikan ianya adalah jurulatih yang keras.

Apapun, teruskan perjuangan Harimau Malaya. Mungkin ramai yang kecewa namun sokongan tetap diteruskan.

Please follow and like us:
error0

8 thoughts on “Rombak Harimau Malaya – Jurulatih Palestin

  1. Fizikal pemain Malaysia tidaklah setanding dengan pemain-pemain lawan… Sepatutnya pasukan Malaysia perlu mengamalkan corak permainan hantaran bola jarak pendek… Itu sekadar pendapat peribadi saya..

  2. Pemain kita ini main sebab dibayar belas dan puluh ribu. Dari aspek semangat kebangsaan, tak terpancar jelas sangatlah. Kalau betul kuat semangat kebangsaan tu, takkan la sampai 6-0. Kalau 1-0 ke bolehlah kita cakap kalah bermaruah. Ni 6-0, nak cakap kalah jenis apa ni? Memang kalah, kalah betul lah. Palestin pula tu. Kalau kalah dengan Itali 6-0 ke lain cerita lah.

  3. Tak pandai sangat tengok dan komen bola.. tapi dari komen ni, boleh agak la.. haah something need to be done soon! hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)