Ridzuan raih hatrik emas di Jakarta

Jaguh olahraga para negara, Ridzuan Puzi, meraih pingat emas hatrik dalam Sukan Para Asia Jakarta apabila mempertahankan kejuaraan dalam acara lompat jauh T36 sebentar tadi.

Lebih membanggakan, Ridzuan turut mencipta rekod baru Asia dan temasya menerusi lompatan sejauh 5.49 meter.

Ridzuan, bagaimapapun diberi tentangan awal daripada wakil Uzbekistan, Turgunov Izzat, yang mencatat jarak 5.27m pada lompatan pertama sebelum taruhan negara itu bangkit menemui rentak terbaiknya dalam lompatan ketiga.

Gangsa dimenangi atlet Kazakhstan, Kharlamov Sergey.

Terdahulu, pingat emas ke-12 Malaysia disumbangkan perenang para negara, Muhd Syaiful Zulkafli.

Syaiful cemerlang memenangi acara 50m gaya bebas S5 dengan melakar rekod baru temasya 34.09 saat menewaskan perenang Vietnam dan China.

“Syukur alhamdulillah saya dapat menyumbang emas buat kontinjen negara dan skuad renang.

“Saya dan jurulatih memang menyasarkan pingat emas dalam acara ini,” kata Syaiful yang menghadiahkan emas pertama buat skuad renang dalam Sukan Para Asia.

Sumber :-Stadium Astro

Tahniah Dik Wan. Satu kejayaan yang cukup membanggakan. Semoga lebih maju lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives