LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Ridzuan atlet terbaik Asia

Atlet paralimpik sensasi negara, Mohamad Ridzuan Puzi telah mendapat anugerah Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018 dalam acara yang diadakan di Emeriyah Arab Bersatu (UAE) pada hari Jumaat.
Atlet berusia 31 tahun yang beraksi dalam kategori T36(Cerbral palsy) itu berjaya mencatat kejayaan dalam Sukan Para Asia 2018 di Indonesia dengan memenangi emas acara 100 meter dan lompat jauh.
Ridzuan yang berasal dari Padang Besar, Perlis itu tutut memperbaharui rekod dunia acara 100 meterr dan rekod Asia bagi acara lompat jauh.

Dalam Sukan Para Asia itu juga beliau berjaya mendapat satu tambahan emas iaitu dalam acara 400 meter yang menyaksikan tiga emas berjaya dibawa pulang ke Malaysia.
Anugerah itu mencipta sejarah untuk negara apabila beliau menjadi atlet olahraga paling berjaya di negara termasuk pernah merangkul emas di Sukan Para Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Tahniah kepada Ridzuan yang melakar satu lagi catatan sejarah buat sukan negara. Ligakampung.com mengharapkan kejayaan ini menjadi inspirasi bukan sahaja kepada atlet para malahan atlet lain di seluruh Malaysia.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Ridzuan atlet terbaik Asia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)