Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Mungkin sedikit terlewat menulis mengenai perubahan yang ingin dilakukan oleh Perdana Menteri dalam ucaptama di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 (MAPPA X) yang telah diadakan pada 28 APril 09 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini. Walaubagaimanapun rasanya tak jadi masalah kalau nak dapat dan kongsi pendapat..
Sebelum tu, kita tengok beberapa ucapan yang menarik perhatian saya..
1.Cadangannya mengenai jawatan-jawatan utama sektor awam dibuka kepada bakat-bakat daripada sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selain perkhidmatan tadbir dan diplomatik. Maksudnya kemungkinan KSU, SUK dan jawatan tertinggi boleh disandang oleh orang besar dari GLC. Sudah semestinya ada pro dan kontranya..
2. Penunjuk prestasi (KPI) yang dilaksanakan bagi menjadi penanda aras bagi khidmat oleh kakitangan awam. Ianya mungkin mampu memberi lebih kualiti kepada perkhidmatan awam yang masih di tahap belum dibanggakan (huhuhuhuhuhu… termasuk yang menulis ni..)
3.Pegawai awam terbaik untuk menimba ilmu di beberapa institusi tersohor seperti Kennedy School of Government di Universiti Harvard dan Wharton Business School di Universiti Pennsylvania. Sudah pasti ianya memberi imej dan motivasi yang baik untuk kakitangan awam .
4. Anjakan daripada birokrasi yang menyukarkan kepada birokrasi memudah cara dan menyenangkan rakyat. Hm.. yang ni memang patut dikurangkan tetapi masih perlu mempunyai tatacara yang boleh mengelakkan penipuan atau salahlaku.. Kenapa ? Mudahcara dengan budi bicara akan memudahkan lagi penipuan oleh individu tertentu sekaligus mengheret kakitangan awam ke tempat hukuman..
Hm.. rasanya cukuplah setakat ni.. Mungkin ada perkara lain yang saya terlepas bolehlah ditambah-tambahkan..
RSS Feed
Twitter



April 29th, 2009
zool 
Posted in
Tags: 


entahlah……
Reply
salam semua, berdasarkan pernah berkhidmat dgn jabatan kerajaan n pihak swasta, makanya sy ingin berkongsi pandangan, bukannya pro/anti kerajaan,tetapi realitinya nyata apa yg dipertontonkan kpd rakyat, kita harus ingat n sedar kini bukan zaman 50,60,70 n 80an, kini rakyat telah sedar n celik IT, cuba kita bezakan pencapaian n kemajuan RTM n TV Prima(TV3,TV7,TV8 n TV9)jauh lebih ke hadapan.RTM berapa menteri bertukar jawatan tetapi lagu yg sama didendangkan oleh mereka sbb BIROKASI setiap idea yg difikirkan baik mesti melalui kelulusan pengarah ketua pengarah ksu n menteri, sbb itu staf kerajaan mesti jadi YES MAN n takut utk keluarkan idea pandangan apatah lagi arahan tampa kelulusan atasan terlebih dahulu.berkenaan GLC apabila rugi CEO jadi kambing hitam, sepatutnya semua Lembaga Pengarah ditukarganti kesalahan kpd pengerusi GLC tulah yg silapnya.contoh terbaik kesalahan suatu MB negeri atau menteri tindakan tidak diambil oleh PM, ni menunjukan n menyatakan PM tidak serious mentadbir negara. jika PM & kabinet tidak dapat untuk merealisalikan contoh yg baik n terbuka. ini cara terpakai oleh PM akan diikuti oleh semua penjawat awam dari yg tertinggi menteri hingga ke budak pejabat. sampai kiamat pun tidak akan selesai. kerajaan tidak mahu belajar dari negara terdekat lihat sahaja Singpura n Thailand. maaf semua
Reply