Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Revolusi hoki kebangsaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu ni nampaknya saya banyak menulis tentang sukan.. Bermula dari badminton, muay thai dan kini hoki plak..Saya yang pernahlah beberapa kali bermain hoki masa di sekolah dan di UiTM ( main suka-suka je) .. Memang bukan mudah kerana selain memerlukan stamina, kawalan kayu amat penting.. Ini kerana kalau silap pegang alamat bola akan naik ke kepala.. Walaubagaimanapun permainan ini mempunyai undang-undang yang ketat. Sebab tu kalau anda lihat perlawanan hoki, sekejap-sekejap wisel dibunyikan.. Dan terbaru kini telah diperkenalkan permainan hoki di dalam dewan yang kini dikuasai oleh pasukan Iran..

Mungkin ramai yang dah tau bahawa Tengku Mahkota Pahang, antara bekas tulang belakang FAM kini telahpun beralih ke Persatuan Hoki Malaysia (PHM). Dan nampaknya beliau telah cuba untuk melakukan revolusi dengan mengambil bekas-bekas pemain hoki kebangsaan bagi proses pembentukan hoki negara. Satu keputusan yang diharapkan dapat memberikan impak yang positif kepada pasukan hoki kebangsaan. Ini kerana pasukan hoki kita yang pada sebelum ini mampu bersaing diperingkat antarabangsa namun kini telah mula ketinggalan.. Malahan di peringkat Asia pasukan seperti China dan Jepun yang dahulunya agak ke bawah kini telah mampu menolak ranking Malaysia..
Pelantikan Nur Saiful dan Lailin bersama-sama Tai Beng Hai,sebagai penolong jurulatih (care taker) pasukan hoki kebangsaan, manakala Minarwan pula menjawat tugas pengurus pasukan 16 tahun negara akan membantu mencapai matlamat agar pasukan hoki kebangsaan menjadi pasukan yang disegani kembali.

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 98
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

3 comments to Revolusi hoki kebangsaan

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>