Tudung-tudung menarik boleh dibeli dengan harga masyuk
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nampaknya tulisan kali ini saya nak memberi sedikit review tentang beberapa perkara yang agak menarik pada minggu ini..

1. Syamsularif membayar duit deposit rumahnya hasil dari blog.. Memang mengejutkan bagi saya.. Walaupun mengetahui bahawa beliau merupakan salah seorang blogger tegar.. Dan juga menjadi penulis berbayar bagi blog-blog lain namun tak disangka beliau mampu membayar deposit rumah dengan hasil blog..
Bayangkan deposit rumah tu paling kurang pun mau dekat rm10 k tu.. Pergh kejayaan beliau sedikit sebanyak membuatkan diri ini tercabar untuk menghasilkan sesuatu dari blog-blogz saya… Kena usaha lebih kuat ni…..
2. 10 budak buat duit dari internet . Satu artikel yang sekali lagi menyebabkan saya terfikir jika budak bawah umur pun mampu melakukannya mengapa tidak saya??? Apakah hebatnya mereka berbanding saya.?? Mungkin mereka bijak tapi saya pun bijak juga… Mereka yang belum ke menara gading pun dah dapat pendapatan melebihi gaji saya, jadi kenapa ilmu yang ada dalam diri ini tidak diekploitasi sepenuhnya.. Mesti buat sesuatu jika inginkan kejayaan..
So siapa yang pernah mengklasifikasikan blogger ni sebagai’monyet’ tu pikir2kan lah… Bebudak ni semua mampu menjana pendapatan tanpa perlu menikam orang dari belakang, mengipas orang atas, korupsi dan sebagainya.. Malahan ada juga bapak-bapak budak yang berjaya dalam bidang blog ni tanpa perlu mengutuk dan menghina orang lain.. Eh emosi plak si Zool ni… Dan tahniah dari saya kerana anda semua merupakan bakal-bakal usahawan.. Inilah dia belia harapan bangsa…
3. Tan Sri Nasimuddin, pengasas syarikat automobil, NAZA meninggal dunia.. Nampaknya negara kehilangan seorang usahawan automobil yang cukup dikagumi dalam dan luar negara.. Berikut merupakan berita-berita berkaitan:-
..
Sedikit biodata beliau di wikipedia..
Belasungkawa di berita harian
Tan Sri Nasimuddin - More Than 6,000 Pay Their Last Respect ( Bernama)
Kerajaan Kedah ucap takziah kepada keluarga Allahyarham S.M Nasimuddin ( Harakahdaily)

Walaupun bukanlah idola saya namun usaha beliau dalam bidang perniagaan sepatutnya menjadi contoh kepada semua… Al fatihah dan sedekahkan kepada beliau.. Semoga rohnya dicucuri rahmat..

p/s :- Hm apa yang sedang difikirkan oleh si ZOol untuk berjaya menyaingi bebudak2 tu?? Entahlah… ‘kita pikir dulu’…

Tags: , , ,

22 Responses to “Review minggu ini”

  1. huhu..pembetulan2…sy bukan blogger tegar ye..sy part timer je :)

    [Reply]

  2. syamsulariff –> bukan tegar ke?? baru beberapa minit post dah berjawab.. huhuhuhu…

    [Reply]

  3. ish mana ada..baru je balik dari KL..tgk citer Iron Man..nie siap2 nak pegi tgk rakaman raja lawak plak :)

    [Reply]

  4. aiyooo meletupnya mamat ni… sampai begitu sekali income dia… muda-muda dah kumpul harta… pakai duit berblog plak tuh!! jeles aku…

    [Reply]

  5. Hi Zul,

    pada sy, tujuan sy memasuki blog adalah untuk meramaikan kawan dan bukan untuk membuat duit.

    persahabatan adalah lebih nilainya daripada wang ringgit.

    blackcat aka greeny

    [Reply]

  6. salam kenal..baru sempat melawat..waah,untungnye dengan berblog dah bleh jadi income..menarik…

    [Reply]

  7. am –> betul tu am.. duit ngan blog je…. jangan kata ko.. aku pun jeles gak..
    blackcat –> ye lah.. memang pun tujuan utama tu.. nak cari kawan …. sambil2 tu sedikit peluang digunakan…
    kriesz –> untung tapi bukan keje mudah…. kena ‘usaha tangga kejayaan’..

    [Reply]

  8. slm bro zool,waaaa best giler bleh buat bayar deposit umh si afham tu..:) ni yg buat aku nak setup satu blog wp sendiri,hehehe..:) tapi kekadang masa tak mengizinkanlah,huhu..

    [Reply]

  9. selagi ada usaha selagi itu ada kejayaan…dan al-fatihah kepada tan sri nasimuddim…

    [Reply]

  10. yang penting keikhlasan untuk melakukan sesuatu dengan bijak!

    bukan semua boleh ikut rentak yang sama tapi ia tidak mustahil jika ada matlamat dan keupayaan yang jitu.

    [Reply]

  11. setiap orang mempunyai bakat dan x factor tersendiri utk berjaya! cuma cara dan rentak nya shj yg berbeza..

    Alfatihah utk Tan Sri Nasimuddim…setiap yg hidup pasti kembali kpdNya, tingkatkan amal ibadah selagi nyawa dikandung badan sebelum kita dijemput pulang.. Wallahualam.

    [Reply]

  12. hihi…mcm2 cara nak buat duit ni.
    jadi nak tau- kita pikir lah sendiri!!!

    [Reply]

  13. acai –> syamsul n afham org yang berbeza bro.. masa tak mengizinkan?? aku tgk blogspot ko selalu gak update.. sempoi je siap jawab beratus komen,,..
    kumbang –> betul tu selagi berusaha insyaallah kejayaan akan tiba…
    megat –> memang .. kadangkala kita lambat.. namun usaha tetap diteruskan…
    nuwa —> betul tu.. meningkat motivasi diri ni.. al fatihah untuk beliau..
    jon jenin –> betul banyak cara tu… apa kata buat ebook katun??? tak penah tgk orang buat tu,,..

    [Reply]

  14. biasalah budak2 sekarang… hehe dah tak tak dapat feel mcm kita2 dulu.. mandi sungai masuk hutan dan etc ha ha ha!

    [Reply]

  15. skang ni aku dh rajin hapdet blog aku(sbb tak busy)…rajin2 lah baca ya… :D

    [Reply]

  16. hahahaha….macam kenal jer ayat tu labanon…hahahaha

    [Reply]

  17. Labanon –> huhuhu.. yelah budak cyber.. hutan semua dalam cyber je..
    kumb@ng –> bagus2..
    taukey –> kenal camne tu taukey??

    [Reply]

  18. Hebat betul generasi muda sekarang. Kecik-kecik dah pandai cari duit guna internet :D

    [Reply]

  19. oh berblog buleh buat duit eh..
    bagus2..kunjungan ke blog ni secara tak sengaja memberi inspirasi untuk saya..
    izin kan saya buat short cut yer untuk ke sini..

    =) salam..

    [Reply]

  20. er…kenal sebab ada dalam komen saya kat 10 budak hebat kat post flarebiz.com hehehehe

    apa apa pun mmg gempak dapat beli rumah guna duit dari pemasaran internet

    [Reply]

  21. perghhhh gempak tuh bayar rumah ngan hasil blog :)

    [Reply]

  22. jangan dok fikir lagi bertindak sekarang..

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>