Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ini saya membaca e-majalah terkemuka dan juga percuma iaitu, ‘Majalah Niaga Edisi 23′. Jika edisi 22 bercerita tentang jutawan bihun sebagai cerita utamanya, untuk edisi kali ini jutawan kosmetik, Puan Rozita Ibrahim menjadi tumpuan dalam edisi kali ini.

Dalam wawancara ekslusif dengan ratu empayar jenama Sendayu Tinggi ini, Puan Rozita menerangkan tentang bagaimana kepayahan beliau untuk mencapai tahap kini. Beliau bukan berasal dari keluarga kaya, malahan beliau juga tidak mempunyai kelulusan tinggi untuk menjadi modal mencari kerja namun pengalaman beliau serta azam menjadikan beliau berjaya sebagai usahawan terkemuka bukan sahaja di Malaysia malahan di luar negara. Beliau juga menyatakan falsafah kejayaan beliau dimana beliau sentiasa berusaha bersungguh-sungguh. Menjadikan billionair Lim Goh Tong sebagai mentor, beliau juga mempunyai prinsip yang jarang dilakukan oleh orang kaya lain iaitu ‘jangan berhutang’.
Banyak juga maklumat dan panduan berguna yang beliau nyatakan dalam temuramah itu yang boleh dijadikan inspirasi dalam hidup kita.
| Lihat review-review majalah Niaga Edisi sebelumnya |
Itu adalah topik utama dalam edisi kali ini. Selain itu terdapat topik-topik menarik seperti :-
1) Perancangan Kewangan – Bebaskan Dirimu dari Hafiszi Othman
- Dalam artikel beliau, tajuk adalah mengneai kebebasan kewangan. Sememangnya ramai dari kita (termasuk yang menaip ni) yang inginkan kebebasan kewangan. Pelbagai perspektif dan takrifan tentang kewangan dinyatakan dalam artikel tersebut. Terdapat juga elemen-elemen penting bagi memastikan kebebasan kewangan dapat direalisasikan dalam kehidupan kita.
2) Tip Pemasaran – 3 Rahsia Senjata Jualan Media Sosial – Gero Azrul
- Dalam topik ini dinyatakan 3 rahsia utama untuk meningkatkan jualan melalui medium sosial. Apakah dia? Memandangkan ianya rahsia maka saya simpan sahaja isinya.
3) Tip Blogging – 3 Tip Efektif Menjenamakan Bisnes Melalui Blog – Hasbul Aqil
- Dalam artikel ini dinyatakan 3 tip berguna untuk membina dan meningkatkan jenama melalui blog iaitu rangkaian komuniti, perkongsian menggunakan video dan podcasting serta guest posting. Ia memberikan serba ringkas mengenai bagaimana kaedah ini mampu meningkatkan lagi jenama melalui blog .
4) Tip Dekorasi Bisnes – FUngsi dan Faktor Ergonomik Dalam Pejabat – Hazlam Anuar.
- Mula-mula tahukah anda apa itu ergonomik dalam pejabat? Kalau tak tahu kena baca artikel tersebut. Ergonomik amat penting kerana ia berkait dengan kesihatan tubuh badan kita.
5) Motivasi Bisnes – 10 Rahsia Mistik Bisnes The Big Rajah – Aqif Azizan
- Artikel ini akan memberitahu tentang rahsia ‘The Big Rajah’ iaitu yang mengusahakan perniagaan katering terkemuka.
6) Cerpen Bisen – Muaz Ekspress Semakik Serius – Azzar AR
- Bagi pengikut blog ini mungkin mengetahui yang si Zool sedang dalam usaha untuk menghasilkan enovel dan cerpen bisnes ini amat sesuai untuk dibaca. Tapi bukan hanya untuk membaca cerpen sahaja, ia juga memberikan inspirasi dan panduan dalam perniagaan.
7) Tip Komunikasi – Bersalam Menunjukkan Siapa Diri Anda – Nor Bahiyah Lasim
- Dalam artikel ini menunjukkan cara-cara bersalam yang sesuai dalam perniagaan dan juga hidup.Ia juga dapat membantu meningkatkan kredibiliti diri seseorang itu
Okay, cukuplah sedikit review untuk kali ini. Kalau diikutkan ada banyak lagi tajuk menarik dalam Majalah Niaga Edisi 23 ini. Jadi kalau anda berminat cepat-cepatlah download Majalah Niaga ini. Untuk makluman anda, ianya adalah edisi terhad dan bila-bila masa link download tersebut akan ditutup.
Sekian


dah lama gila aku x download majalah niaga nih
Juan recently posted…Street Dakwah di Malaysia
Reply
zool
Reply:
January 27th, 2013 at 10:32
download bro.. ni terhad
Reply
bagus betul majalah ni
download pun percuma je
TehR recently posted…Pantun Gelisah
Reply
zool
Reply:
January 28th, 2013 at 08:00
memang bagus pun. percuma pula tu
zool recently posted…Review Majalah Niaga 23
Reply
Aku pun tak download lagi
Reply
zool
Reply:
January 28th, 2013 at 08:01
download je la cepat// aku dah abis baca
zool recently posted…Review Majalah Niaga 23
Reply
memang aku download semua majalah diorang. hoho..
Reply
zool
Reply:
January 28th, 2013 at 08:02
bagus-bagus
Reply
teruja dengan majalah niaga…..
Reply
zool
Reply:
January 28th, 2013 at 09:42
majalah niaga best..
p/s :- bila nak komen tu elok puan tengok kat url.
sepatut ceritamayapersada.blogspot.com bukan ceritamayapersada@blogspot.com . bila jadi camtu rugi backlink.. saya pun tak dapat nak lawat kembali
Reply
Mmg majalah yg wajib download ni…cuma syg, ambe takleh nak download sekarang, berodband slow sgt…huhuhu
terima kasih bro berkongsi

hafizmd recently posted…Surat Untuk Adik:Cerita 17,520 Jam
Reply
zool
Reply:
January 29th, 2013 at 01:52
cepat download sebelum ditutup tu
Reply
majalah niaga memang dah lama baca cuma akhir2 ini
tak mengikut perkembangan terbaru..
Reply
zool
Reply:
January 29th, 2013 at 01:53
cepat baca nanti diorg tak bagi download
Reply
Pingback: Review Majalah Niaga 24 | Blog ZooL