Review komik manga Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Setiap orang mempunyai hobi tersendiri selain dari berblog. Ada yang gemar memasak, menjahit, mengumpul setem dan sebagainya.Sebagai manusia normal, saya juga mempunyai hobi iaitu membaca komik manga (bukan majalah Mangga ye). Atas dasar minat, saya membuat blog manga yang telah berjaya menambat hati laman sosial technorati yang telah menempatkan dalam top 100 anime blog.

Antara manga/anime yang biasa menjadi kegemaran ialah Naruto, Bleach, One Piece, Fullmetal Alchemist, Detective Conan, Claymore dan banyak lagi. Disebabkan minat, komik manga tersebut diikuti sehingga episod / topik terkini secara online.
Nak beli semua tak mampu dan lambat sampai ke Malaysia.Untuk entri kali ini saya akan mereview serba sedikit mengenai manga yang sering dibeli dan dibaca di katil iaitu ‘ Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi ‘. Komik ini kurang dikenali tetapi kalau sesiapa yang rajin menonton atau membaca Detective Conan, ianya mempunyai persamaan iaitu berkisar tentang kes-kes jenayah. Berbeza dengan komik manga lain, ianya sukar didapati secara online. Jadi ianya menjadi sasaran bulanan si Zool untuk membeli di kedai menjual komik di Jasin..

Uploaded with ImageShack.us

Kenapa minat komik Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi ?

Sebelum saya memberikan alasan tentang minat terhadap komik ini elok kiranya beri sedikit sebanyak sinopsis mengenai komik ni.

Sinopsis Komik..
- Komik manga Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi adalah mengenai seorang remaja lelaki yang tidak bijak dalam pelajaran, tidak handal dalam sukan tetapi mempunyai bakat yang menakjubkan dalam penaakulan.. Apa tu penaakulan tu? Penaakulan ni lebih kurang mentafsir apa yang telah,sedang dan bakal berlaku.
Kemahiran Kindaichi menafsir sesuatu kes telah membantu pihak polis menyelesaikan masalah. Dalam komik ini ianya dibantu oleh watak tambahan iaitu Miyuki (rakan perempuan yang selalu mengikut kes Kindaichi), Saki/Saki no 2 ( iaitu budak lelaki yang gemar mengambil kamera video dan pakar dalam komputer), Inspektor Kenmochi ( inspektor polis yang banyak meminta bantuan Kindaichi menyelesaikan masalah rumit).Selain itu terdapat juga watak tambahan seperti Penguasa Akechi, Juruboneka Neraka Youchi dan Pencuri Gentlemen.

Komik ini diterbitkan oleh syarikat Kodansha seawal tahun 1999 lagi (kiranya komik ini dah lebih dari 10 tahun). Di Malaysia, syarikat Comics House mendapat hakcipta untuk menterbitkan komik ini.

Cukup dengan sinopsis, sebab utama si ZOol minat komik manga ini adalah :-
1. Watak yang di bina amat menarik. Walaupun Kindaichi dikategorikan sebagai lemah di sekolah tetapi mempunyai bakat penelitian yang cukup tajam. Watak sampingan juga menarik dan membina antara satu sama lain. Watak antagonis seperti Youchi dan Pencuri Gentlemen pula di wujudkan dengan misteri yang memberikan elemen tertanya-tanya dikalangan pembacanya.
2. Cerita yang tidak bersambung. Manga ni tak perlu follow dari satu tajuk ke satu tajuk. Jadi kalau tertinggal satu buku pun tak mengapa. Malahan si Zool tak delah beli 1 ‘chapter’ berterusan. Tengok kadar kewangan je..
3. Kebijaksanaan penulis membuat sesuatu kes. Kebanyakan kes adalah yang bijak dimana memerlukan pemikiran yang tinggi. Cukup kagum macammana penulis boleh mendapat idea rahsia ‘bilik tertutup’ ,’ kes tiada alibi’ dan sebagainya. Mungkin sedikit merbahaya kalau ditiru oleh bakal penjenayah.
4. Lukisan yang kemas memudahkan pembacaan. Tidak terlalu detail dan tidak terlalu selekeh. Memang menarik perhatian si Zool untuk membaca.

Okay, rasanya cukup setakat itu entri untuk kali ini. Bersama-sama ini disertakan beberapa gambar yang saja-saja di letakkan di blog ini..
Photobucket
Sebahagian koleksi komik manga Penyiasat Remaja – Hajime Kindaichi.

Photobucket
Antara isikandungan majalah komik..

Photobucket
Tertidur selepas membaca.. Zzzzzzzz..

Sekian..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :7624
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

25 Responses to “Review komik manga Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi”

  1. freezeNo Gravatar says:

    Aku ada koleksi Komik Penyiasat Remaja.. J-Drama pun dia pun aku ada.. huhu~

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    wah lagi hebat tu.. leh pinjam.. tak minat J-DRama..
    anime dia ada tak?

    Reply

    afiqNo Gravatar Reply:

    aku ada complete drama bersiri Kindaichi termasuk filem TV kosuke Kindaichi ( datuk Hajime) + Katun detctive q. drama real detective q ada jugak aku donlod. tp hilang mn dah.

    afiq

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    bagus. er no handphone telah dipadamkan……….

  2. rahsia hebatNo Gravatar says:

    mesti hantu kartun ni..kuakuakua…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    minatlah sikit2

    Reply

  3. menteilNo Gravatar says:

    aku tak minat sangat dengan penyiasat remaja nie.. baca biasa2 jer… beli dulu pun kalau tergerak hati nak beli..

    kalau penyiasatan, aku lebih suka shinichi bukan conan.. huhu..
    conan awalnya sangat best, tapi lama2 kita dapat tau macam mana kes tu dan boleh agak siapa yang bersalah.. huhu…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    aku suka kindaichi sbb kdg2 susah nak tau sapa salah kecuali betul2 teliti..
    conan terlalu perfect.. tu yg kdg2 kurang sikit

    Reply

  4. AcNo Gravatar says:

    sya mau tau penyelesaian pembunuhan hotel ijinkan…

    Reply

    enaNo Gravatar Reply:

    last2 pegawai polis perempuan tu yg pembunuh. rupanya hotel tu dijadikan tempat simpan dadah kt basement de. hehehe

    Reply

  5. shueliNo Gravatar says:

    penyiasat remaja lebih best dari detektif conan coz ia lebih real…

    Reply

  6. apaiNo Gravatar says:

    kat mane bole dapat manga scan cerita ni eh?ssh tul nk jmpe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang susah.. try mangafox.com.. dulu ada..

    Reply

  7. enaNo Gravatar says:

    saya mmg sgt minat hajime ni. start dr tingkatan 3 dulu smp skrg da ade anak 4 masih setia beli dr awal2 dulu yg 27 buku tu, 7 kes tu hatta detektif Q pon saya kumpul. skrg almari da penuh berderet2 dgn buku hajime n detektif Q. hihi…full set ye. kalau hilang harus beli baru…

    Reply

  8. nazam rebanaNo Gravatar says:

    saya baca komik ni sejak 1999 very the best la. 1st issue kartun ala2 gelap.. ingatkan tak best.

    Reply

  9. ezzahNo Gravatar says:

    penyiasat remaja mmg best..dari tingkatan 1 sy baca komik ni..conan rasenya cam x bape best lah..huhu

    Reply

  10. ohcikguNo Gravatar says:

    dulu memang minat beli. tapi sekarang dah tak kuar sangat cerita dia..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    sekarang jarang keluar..susah nak dapat komik ni..
    cikgu try la tanya budak2 sekolah mesti ramai peminat manga ni

    Reply

  11. wanizZNo Gravatar says:

    saye pun minat gle2 nga komik penyiasat remaja neh..boleh tau x mane nak dpt J-Drama tu? yang tu pun kisah hajime gak ker?

    Reply

  12. khalilahNo Gravatar says:

    hajime kindaichiiiii… sangat2 bestttt…
    adik aku kat umah yang rajin kumpul. dari episod 1 sampai yang terkini.
    sekolah detektif q pun sama best..
    dari zaman aku sekolah sampai dah keja gomen,asyik menelaah benda ni la…
    hahaha..
    cerita hajime ni bukan sebarang cerita tau.
    banyak fakta2 dari segi sains dan sejarah yg membantu
    pembaca dapat pengetahuan am.
    memang amat2 disyorkan… thumbs up!!!

    Reply

  13. ahdinaharNo Gravatar says:

    pkck gugle bwk sye kesini…
    sye mmg ske penyiasat rmaje..tp skng cm susah je nk jmpe komik die…tp ade ayt yg mnarik kt atas tue…”kedai menjual komik di Jasin”..blh tau x kedai tue kt mne n nme kedai tue ap…
    trime kasih~

    Reply

  14. miss iezaNo Gravatar says:

    ada tak dvd penyiasat remaja nie? saya suka audio biar ori bahasa jepun, subtitle BM atau BI. kalo ade, kat mane bleh beli?

    sy antara peminat tegar detective conan, tp bila tgk komen ramai kata penyiasat remaja lg best, tu yg rasa teruja nak tengok…

    btw saya tak suka komik sbb kurang paham… sy lebih suka tonton dvd atau baca buku, bukan komik…

    Reply

  15. ZULNo Gravatar says:

    same like me..
    koleksi penyiasat remaja lengkap ada ku kumpul sejak first year lg tahun 2000 rasanya..skrg pun masih aktif..tp keluaran komik lama sgt huhuh

    Reply

  16. AmNo Gravatar says:

    Agak-agak ada lagi tak komik ni dijual kat Jasin?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ntahlah.. dah lama tak cari

    Reply

Leave a Reply