Review buku Biografi Syed Mokhtar AlBukhary

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Akhirnya, setelah 1 minggu, saya akhirnya berjaya menghabiskan pembacaan buku Biografi Syed Mokhtar Al Bukhary. Buku setebal 206 mukasurat ini memang menarik dan memberi banyak pengajaran serta ilmu berguna dalam biografi Tan Syed Mokhtar Al Bukhary.

Uploaded with ImageShack.us

Kenalkah anda siapa Syed Mokhtar AlBukhary? Beliau merupakan seorang hartawan terkenal di Malaysia ini. Walaupun merupakan seorang yang mempunyai kekayaan yang besar namun beliau adalah seorang yang ‘low profile’. Berbeza dengan jutawan lain yang sibuk mempamerkan kekayaan sebaliknya beliau meneruskan legasi untuk kepentingan awam. Berikut merupakan beberapa perkara menarik yang dapat saya kutip melalui pembacaan biografi ini :-

1. Asal usul beliau adalah dari Timur Tengah dan tiada mempunyai darah pribumi tapi beliau berbangga dengan status Melayu yang diterima. Bukan sekadar menerima status tersebut, beliau menggunakan program kerajaan dalam membangunkan kaum Melayu dengan sebaiknya dan usaha itu di beri kembali kepada bangsa Melayu. Saya amat kagum dengan kesungguhan beliau membangunkan orang Melayu. Berbeza dengan sesetengah orang Melayu kita yang melebihkan orang lain..
Selain itu, beliau juga memanfaatkan peluang dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan sebaik mungkin. Jika beliau mampu mempergunakan peluang yang diberi, mengapa tidak kita orang Melayu pribumi yang sepatutnya menggunakan peluang tersebut. Sebaliknya ramai dari orang Melayu yang meng’ali-baba’kan peluang yang diberi oleh kerajaan.
2. Beliau memang mempunyai ‘DNA’ ahli perniagaan. Bapanya seorang penjual daging dan beliau belajar dari situ. Walaupun pada awalnya kesusahan melanda keluarganya namun akhirnya beliau mampu berjaya. Kisah duka permulaan hidup beliau diceritakan dalam biografi ini.
3.Beliau memasuki bidang perniagaan yang dikuasai oleh bangsa Cina. Pasti ia bukan sesuatu yang mudah untuk bersaing kerana kaum Cina mempunyai jaringan perniagaan yang kukuh. Salah satu cara yang beliau lakukan ialah bekerjasama dengan kaum Cina. Macammana cara beliau mampu menjalin hubungan dengan bangsa lain? Ia patut dijadikan contoh kepada kita semua.
4. Sumbangan beliau kepada orang yang kurang berkemampuan. Terlalu banyak yang diberikan kepada orang miskin namun harta beliau tidak berkurangan sebaliknya bertambah. Itu sesuatu yang patut dijadikan inspirasi seandainya kita ingin berjaya. Semua orang tahu beliau mempunyai Yayasan Al-Bukhary yang menyumbang pada pendidikan anak mereka yang miskin, Universiti Antarabangsa Al Bukhary yang memberi peluang pendidikan kepada mereka yang tiada sumber kewangan, pembinaan Muzium Keseniaan Islam serta banyak lagi.

| Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini! |

zool

Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan.
Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.

http://ligakampung.com/blog

8 thoughts on “Review buku Biografi Syed Mokhtar AlBukhary

  1. ada terbaca pasal syed mokhtar ni yg ibu berpesan supaya selalu bersedekah dalam setiap keuntungan bisnesnya…

Leave a Reply