Review blog patut dilawati

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sudah lama tak me’review’ blog-blog di alam maya ni. Review blog yang biasa dilakukan berdasarkan kepada populariti dan kualiti blog. Jika sebelum ini saya pernah mereview 7 blog tanpa mempedulikan samada pemilik blog tersebut merupakan pembaca blog ini atau tidak . Untuk review kali ini saya akan mengulas secara ringkas mengenai blog-blog dimana pemiliknya merupakan pembaca dan peng’komen’ yang rajin singgah di blog ligakampung.com.

7 blog telah dipilih untuk menjadi bahan ‘review’ oleh si Zool memandangkan mereka merupakan antara blogger yang rajin meninggalkan jejak di sini. ANtaranya ialah :-

1. Blog Miss Lolly

Blogger ‘cun’ yang teramat popular di komuniti gengblogger.com. Walaupun cun dan ramai yang menggodanya namun beliau bukanlah tidak kerek. Kira tak sombonglah pemilik nick Miss Lolly ni.
Merupakan antara pembaca blog ini yang rajin meninggalkan komen sehinggakan komen beliau dianggap spam oleh plugin blog ini. Tetapi itu bukan bermakna komen anda tu spam ye ,Miss Lolly. Saya tetap meng’approve’kan komen anda. Cuma komen tidak terpapar secara ‘realtime’. Sorry la ye (sedang mencari penyelesaiannya)…

Bercerita mengenai blog beliau. Ketika membaca blog beliau pada awalnya memberikan sedikit kejutan budaya . Bukanlah sebab terpesona dengan gambar cun beliau tapi dengan bait-bait perkataan generasi baru yang ditaip di blog beliau. Terasa ketinggalan bila membaca perkataan seperti ‘miahahaha (gelak generasi baru)’ , ‘ mencik ( benci dalam nada gedik sambil menari dangdut..huhuhuhu)’ dan banyak lagi.. Blog beliau bersifat personal namun menarik dan kelakar dengan gayanya yang tersendiri. Memang anda pasti tertawan kalau membacanya tak kira lelaki mahupun perempuan.. Cubalah lawat blog beliau di blog Miss Lolly.. Kenapa miss lolly ?? Mungkin sebab dia minat Lollypop atau masa kecil-kecil dulu sebutan lori bertukar ke lolly kot?? Ha ha haha. Jangan marah ek..

2. Blog Cik Epal

Cik Epal merupakan antara blogger yang terkenal dan ‘kawaii (cute -bahasa Jepun) ‘ di Malaysia. Beliau juga amat rajin meninggalkan komen di mana-mana blog.

Blog beliau memang selamba namun mempunyai gaya susunan ayat yang tertatur. Cukup menarik dan membuatkan pembaca ingin menghabiskan keseluruhan ayat walaupun kadangkala beliau terpaksa men’scroll’ hingga ke bawah. Apa pun tetap terbaek dan perlu lah dilawati oleh anda semua di blog Cik Epal. Kenapa cik Epal ? Sudah pasti dia penggemar epal, cuma tak tahu samada minat Epal Merah atau Epal Hijau?
3. Blog Kenwooi

Satu-satunya blogger bukan berbangsa Melayu yang rajin singgah dan meninggalkan jejak disini..Blog beliau memang sempoi dan kelakar untuk dilawati. Penulisan santai ala-ala Kennysia namun mempunyai identiti tersendiri. Blog beliau berbahasa English tetapi ayatnya mudah untuk difahami. Pasti boleh gelak walaupun keputusan English anda cukup makan ketika SPM dulu.
Walaubagaimanapun kepada adik-adik berumur di bawah 18 tahun / kurang matang tidak digalakkan untuk melawatnya. Kadang-kadang ada entrinya yang 18SX .. Sorry to say that, Mr Ken.. Sila lawat blog Kenwooi.com sekira anda cukup matang.
4.Blog Mat Joe

Beliau merupakan antara blogger terbaru yang rajin meninggalkan komen di ligakampung.com. Secara jujurnya saya agak jarang singgah di blog beliau. Kalau berdasarkan tajuknya ‘ Investing, Living & Anything’ blog ini lebih kepada pengurusan kewangan.. Walaupun banyak bercerita tentang kewangan tapi kadang-kadang diselitkan juga dengan hal hidup peribadi.. Tapi harap supaya beliau mencari rekabentuk template yang lebih mantap.. Tak berkenan plak dengan template sedia ada ni.. Anda boleh ke Blog Mat Joe untuk mendapat maklumat berkaitan.
5. Blog Arenawafiy

Antara komentar yang mengenali paras rupa dan mungkin hati budi si Zool.Walaupun merupakan antara tonggak penting di sebuah Universiti tempatan tapi masih berkesempatan untuk mencuri masa meninggalkan komen kat sini. Terima kasih, bro. Almaklumlah pernah menjadi classmate dan housemate satu ketika dulu. S
Blog beliau bersifat personal iaitu lebih banyak bercerita hal kehidupan seharian beliau.. Ketika menonton Nabil Raja Lawak 2 dulu teringat pula dengan beliau kerana gaya dan lawak Nabil seiras dengan gaya beliau. Tapi tak tau kenapa blog beliau tidak lawak pula.. Apa pun sila ke Blog Arenawafiy untuk tindakan selanjutnya.

6. Blog Safar

Sama kes komen seperti Miss Lolly tadi dimana komen beliau banyak singgah ke spam plugin. Tapi memang diakui beliau memang rajin sekali ke ligakampung.com . Secara peribadi, melihat komen-komen beliau yang agak unik, saya pernah mengaitkan beliau dengan salah seorang blogger yang agak terkenal di Malaya iaitu ABdFatah. Ayat-ayat yang pendek-pendek dan hampir menyerupai gaya blogger tersebut.. Jangan marah ye Safar.. Pendapat je..
Blog beliau pula lebih kepada teknologi dan teknikal terutama berkenaan internet dan blog. Secara amnya saya memang jarang ‘follow’ blog sebegini. Tapi kalau anda ingin mengetahui tutorial dan perkembangan dunia internet boleh selalu singgah blog beliau di BlogSafar.com

7. Blog BBLines

Sebelum ni tak tau pun samada pemilik nama ni lelaki atau perempuan tapi selepas selidik di blog baru tau rupanya seorang gadis.. Rajin juga beliau meninggalkan jejak disini.. Mungkin sebab entri makan-makan yang menjadi kegemaran beliau.. He hehe. Jangan marah ek…
Blog beliau adalah blog personal dan banyak menceritakan hal-hal kehidupan seharian ditambah dengan gambar-gambar menarik terutama gambar makanan.. He hehe.. Lapau plak rasa bila baca blog beliau.. Selain tu blog beliau banyak diserikan dengan kisah jalan-jalan ke seantero Malaya dengan rakan-rakan dan sahabat beliau.. Cubalah singgah ke blog My Memory Lane. Tak tau apa makna BBmemorylane tu. BB tu apa maknanya ek?. Agak-agak tuan blog boleh bagi penjelasan tak?

Cukuplah setakat ini. Ini pun dah teramat panjang entri ni.. Bagi yang tak tersenarai, mungkin di waktu lain saya akan cuba me’review’ blog anda ye..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :3812
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

30 Responses to “Review blog patut dilawati”

  1. kenwooiNo Gravatar says:

    haha.. 18sx blog eh? not always okay.. lol..
    anyway thanks for the wonderful review =)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ha haha.. sometimes underage can’t read your blog ma..

    Reply

  2. cik epalNo Gravatar says:

    Hahaha. Semua blog yang disebutkan saya sudah pergi. Cik epal suka durian. Hakk. Thanks bro. Jasa anda amatlah dihargai :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    aik ?? kalau camtu kena tukau.. dari cik epal ke cik durian.. baru betul…
    berjasa ke tu?? takde mende rasanya.

    Reply

  3. safarNo Gravatar says:

    buat orang keliru je.ingat laki.rupanya perempuan.huhhuhu.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ni pun dah buat keliru ni.. safar ni lelaki ke pompuan???

    Reply

  4. miss lollyNo Gravatar says:

    ohhhh z00llllllll.

    terasa diriku begitu berhargaaaaaaaa. ngeeee :D

    tengs review oke ?

    nah bagi bungeee.

    -’-;-<@

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    huhuhuhuhuhu.. berharga sangat ke review camni???

    Reply

    miss lollyNo Gravatar Reply:

    berhargaaaa lah sbb sudi terjah me :-)

    letih2 menulis tuuu. hihi :-)

    Reply

  5. Bb HussainNo Gravatar says:

    wahh..tak sangka blog di review..first time ever..yerlah..blog biasa2 je..update pun ikut dan..thanks a lot zool..:)
    haha..tak sangka plak orang tak boleh teka blog perempuan..no wonder ramai yang leave msg ckp bro..terkejut gak..tp diamkan je la..heheh..
    bbmemorylane adalah lorong kenangan Bb..Bb= Bibi which is my name ;)
    Bb dan makanan susah dipisahkan..kalau terpisah pun kejap je sebab kena diet..dah put on weight..hehe..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tu le pasal.. tgk gravatar ingatkan lelaki…
    tak ramai yg tau gambar ni ur parent…

    hohoho.. blh buat restoran la nanti..

    Reply

  6. matjoeNo Gravatar says:

    adoi zool. makacih laa review blog aku. aku xde pandai nk mencantikkan blog aku. ntah bila nk ada masa ntah. nk update pon x menyempat

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ala ko carik je mana2 template yg cun.. aku tgk plain je blog tu.. tak rajin nak singgah tu

    Reply

  7. firusNo Gravatar says:

    wah wah… blog en penulis di review??? Terima kasih en zool. cik epal (atau cik durian?? heheh) pun ada pegi blog saya?? Wah, terasa mcm (mcm apa ek??? Tak tau laa…) Tapi best best..

    Wa caya lu bro..

    p/s : Leceh la, aritu kat melaka x dpt jumpa. Kita setting lain kali eh..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    cik epal memang rajin singgah blog2 ni.. tu yg dia popular tu…

    takpe nanti kita seting ari lain

    Reply

  8. MeowNo Gravatar says:

    huhu, blog saya tak da orang nak review ke…huhu

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    nanti2 ada lah yang reviewkan

    Reply

  9. EldyNo Gravatar says:

    Ken mmg rajin blog walking..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    yup.. dia memang rajin..
    tu ramai yg komen blog dia tu

    Reply

  10. Wan PerlisNo Gravatar says:

    bila nak review bloh wan. hehe

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kalau rajin singgah sini ada kemungkinan blog wan direview.. kalau sekali dua takde la kot

    Reply

  11. ScromixNo Gravatar says:

    xape akan dtg senarai blog den plak.hi3

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Insyaallah.. bergantung kepada kerajinan si ZOol dan anda.

    Reply

  12. hey it’s cool for u to actually review their blogs. i just got to ur blog, from kenwooi.com
    anyways, nice blog :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tq.. ken wooi always cool blog

    Reply

  13. ThristhanNo Gravatar says:

    Wow, harap pada masa akan datang you akan me”review” blog saya juga :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ok..selalu singgah sini mungkin saya akan review blog you

    Reply

  14. Gossip GirlNo Gravatar says:

    Kalau rajin, you all singgah le blog akak

    Hollywood Gossip- Malaysians style. Just CLICK MY NAME..

    xoxo,
    GOSSIP GIRL :)

    Reply

  15. ~ ALIEN ~No Gravatar says:

    hahaha…kenwooi.com totally the best! aku ska baca lawak sempoi mamat tu…\(^_^)/

    WORDZ-SPACE
    (blog skema giler tahap gaban)

    Reply

  16. akinyemizNo Gravatar says:

    great info..tq

    Reply

Leave a Reply