Blog Download Area
Powered by MaxBlogPress  










Review blog Belia

Written by zool on June 23, 2008 – 2:36 pm -

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi dan disayangi.. Berdirinya saya disini adalah untuk me’review’ sedikit sebanyak mengenai blog-blog yang ada kaitan dengan saya..
Sebelum memulakan review mengenai blog tersebut elok rasanya saya berkongsi mengenai satu topik menarik mengenai 70 weblog popular di Malaysia… Walaupun saya tidak langsung tersenarai namun melalui link2 tersebut didapati kebanyakan blog politik menguasai persada kepopulariti weblog Malaysia..
Insyaallah blog ligakampung akan tersenarai tahun depan dengan bantuan rakan-rakan pembaca dan izin dariNya.. AMIN..

Okay sekarang saya meneruskan untuk review 2 blog belia.. Kenapa saya nak review blog mereka?? Adakah saya ada terbabit dalam persatuan-persatuan belia?? Tidak sama sekali…. Sebenarnya saya merupakan pereka bagi 2 blog belia terbabit jadi adalah sepatutnya saya membantu blog-blog tersebut untuk mendapat sedikit traffic bagi memastikan penulisan mereka dapat diketengahkan dalam ruang siber ini..

1. Blog Pegawai Belia Macho –> Blog ini ditulis oleh rakan saya , CD PEG BELIA .. Beliau merupakan Pegawai Belia di Daerah Pontian.. Saya tidak akan menceritakan biodatanya kerana ianya bersifat privasi sebaliknya ingin memaklumkan sedikit sebanyak isi-isi kandungan blog beliau.. Dalam penulisan blog beliau penekanan adalah bagi memastikan belia-belia lebih memahami tentang hala tuju belia.. Antara topik yang patut menjadi keyword beliau iaitu Skim Tabungan Belia ( STEB).. Saya rasa ramai belia di luar sana yang kurang arif tentang bagaimana untuk memulakan perniagaan samada dalam bidang perniagaan komersial atau pertanian.. Melalui pembacaan memang didapati terdapat syarat-syarat yang perlu disediakan bagi menepati syarat..Perlu membuat kertas kerja sebelum melakukan permohonan ( mereka yang ingin menternak kambing boleh mendapatkan contoh dalam ebook kambing ).. Selain itu beliau juga menulis mengenai Akta Pendaftaran Pertubuhan Belia.. Melalui topik tersebut beliau menerangkan sedikit sebanyak akta baru yang dikuatkuasakan pada tahun 2008.. Cukuplah review diharap anda semua dapat melawat blog beliau sebagai tanda sokongan.. :)
2. Blog Pegawai Belia Kaizen –> Blog ini di rekabentuk oleh saya dan domainnya dibeli dari sempoihosting.. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa makna Kaizen.. Kalau sesiapa tengok kartun Bleach mesti tau Kaizen dono, Lieutenant dalam kumpulan yang dianggotai oleh RUkia.. He he he.. Sebenarnya ia tiada kaitan. Kaizen adalah berasal dari falsafah Jepun yang bermaksud fokus untuk memperbaiki dalam semua segi dalam kehidupan.. Saya tidak dapat mereview lebih berkenaan blog beliau kerana beliau mungkin sibuk dan setakat ini hanya mampu untuk menulis satu topik belia..belia..belia.. Diharap beliau akan menulis selepas ini, almaklumlah saya telah mengenakan bayaran terhadap perkhidmatan blog tersebut jadi rugi kalau beliau membiarkan sahaja..
3. Blog BDFabregas –> Ini bukanlah blog pasal Pegawai Belia tapi ditulis oleh Belia yang juga adik saya.. Blog ini sudah pastinya akan menjadi kegemaran belia kerana penulis berkongsi lagu-lagu dan cerita-cerita di blog ini.. Mungkin blog beliau mampu menjadi lebih top berbanding blog abang dia kerana niche blog tersebut amat disukai oleh belia Malaysia..

Okay rasa-rasanya cukup setakat ini.. Sekadar promo untuk meningkatkan blog kawan-kawan…


Tags:
Posted in Nakama, Uncategorized, kehidupan, pertanian |

3 Comments to “Review blog Belia”

  1. titan Says:

    rajin ye ko review blog2 macam tu. :)

    kat sini. Persatuan belia tak jalan woo. Boring aku..

  2. youth Says:

    come & join this…

    http://forum.youth.org.my

  3. zool Says:

    titan –> kesian nya.. takpe ko panggil pegawai belia daerah ko jumpa aku…
    youth –> good for youth.. thanks for info



Belajar cara untuk menternak kambing dengan berkesan...

Leave a Comment

RSS